Katakan Tidak Pada Obesiti

Masalah kesihatan di negara ini sedang berada pada tahap yang membimbangkan terutamanya masalah obesiti. Statistik menunjukkan  bahawa separuh rakyat di Malaysia mengalami berlebihan berat badan atau obesiti. Ia juga membuktikan bahawa rakyat di Malaysia antara yang paling ramai menghidapi masalah kegemukan di rantau Asia.  


Obesiti merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Masalah obesiti sememangnya boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan dan jika ianya tidak dikawal, ia mampu menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu terutamanya penyakit jantung dan diabetes. 


Oleh kerana sekarang ini kadar obesiti berada pada tahap yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, langkah-langkah awal untuk menghindari obesiti hendaklah diambil.


Antara cara untuk menghindari masalah ini adalah dengan:


1. PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Pengambilan makanan yang seimbang sangat penting untuk tubuh badan kita. Seelok-eloknya kita perlulah mengambil makanan mengikut piramid makanan agar kelas-kelas makanan seperti lemak, protein, vitamin diambil dengan secukupnya mengikut keperluan tubuh badan. Diet pemakanan yang sihat dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik



2. MENUKAR TABIAT

Seseorang yang mengalami masalah obesiti perlu mengenalpasti masalah atau punca  yang menyebabkan dia obesiti. Antara punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kenaikan berat badan adalah kerana tabiat mereka yang suka makan mengikut perasaan, makan ketika bosan dan makan tanpa kawalan semasa mengalami tekanan perasaan. Oleh itu, seseorang itu perlulah mengubah tabiat yang mereka sering lakukan agar boleh terhindar daripada masalah lebihan berat badan.




3. SENAMAN YANG EFEKTIF

Seseorang individu juga boleh menghindari masalah obesiti dengan mengamalkan aktiviti senaman 20-30 minit secara berterusan setiap hari untuk memastikan badan sentiasa sihat, cergas dan aktif. Antara jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan ialah seperti aerobik, berjoging, berenang dan berbasikal. Dengan senaman, badan kita juga akan menjadi lebih bertenaga dan bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti.



Selain daripada mengambil pemakanan yang seimbang, menukar tabiat dan senaman yang efektif, masalah obesiti juga boleh ditangani dengan mendapatkan rawatan terapi enzim (enzyme therapy) di Marissa Aesthetic. Untuk info lanjut, anda boleh rujuk pada link http://marissaskin.my/terapi-enzim/