Pisang
- Bentuk badan Pisang/Segi Empat Tepat lurus dari bahu ke pinggul.
- Tidak banyak lekuk (curvy).
- Mempunyai Metabolisma yang tinggi disebabkan Thyroid hormon.
Pilihan Makanan
- Flaxseeds – makanan lemah fitoestrogenik dan membantu menghapuskan estrogen berlebihan yang berbahaya.
- Sayur-sayuran cruciferous – seperti brokoli kerana ia mengandungi kandungan fitonutrien yang tinggi dipanggil isothiocyanates, terutamanya dua isothiocyanates dipanggil sulforaphane dan indol-3-karbinol yang membantu untuk menurunkan estrogen.
- Produk tenusu/daging organik – untuk mengurangkan pendedahan hormon.
- Rapini, articok: kaya dengan serat yang membantu dalam penghapusan estrogen berlebihan yang berbahaya.
- Pucuk brokoli – anak pokok belum matang pada bahagian brokoli, mengandungi lebih banyak sulforaphane berbanding sayur-sayuran lain. Nutrien ini merupakan sejenis nutrien anti-kanser dan dapat mengurangkan estrogen berbahaya. Kajian telah mendapati bahawa ia mengandungi 10 hingga 100 kali lebih kompaun berbanding brokoli.
- Taugeh – mengandungi kandungan glukarik asid yang tinggi (350mg/100g) yang menjejaskan penyerapan semula estrogen dari saluran gastrousus. Hasilnya, lebih banyak estrogen akan dapat dihapuskan. Ia juga kaya dengan serat (8g setiap hidangan 100g) dan sumber protein yang baik.
- Kopi yang berlebihan – Terlalu banyak minum kopi boleh meningkatkan tahap estrogen bagi sesetengah orang.
- Pasta / karbohidrat / Nasi / Roti / Bijirin / Tepung dan Ubi – ubian – Sumber utama karbohidrat yang mengekalkan tenaga (50% – 55%) dari jumlah tenaga harian. Sekiranya diambil berlebihan boleh mengakibatkan paras glukosa darah tinggi dan memberi kesan buruk pada kesihatan.
- Biskut/Pai/Pastri – Makan secara berlebihan boleh mengakibatkan dan akan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
- Lemak yang berbahaya – ini termasuklah sebarang minyak hidrogenasi, marjerin dan termasuklah kebanyakan minyak sayur-sayuran (bunga matahari), minyak biji kapas dan minyak sawit. Pengambilan lemak yang tinggi dikenalpasti untuk meningkatkan tahap estrogen dalam badan.
- Makanan bergula tinggi – bersederhana dalam memilih makanan manis bagi mengawal paras glukosa dalam badan.
- Makanan ringan – boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan insulin lebih cepat berbanding pengambilan gula biasa.