Pengenalan Kepada Pemakanan Ketogenik Marissa

Diet Ketogenik Marissa merupakan diet atau sistem pemakanan rendah karbohidrat di mana ia membuatkan tubuh (hati) mengeluarkan ketone untuk digunakan sebagai tenaga. Ia bertentangan dengan pemakanan kaya karbohidrat di mana tubuh mengeluarkan lebih glukosa dan insulin yan

g menyebabkan berat badan sekata atau lebih buruk lagi – bertambah.

Pernah anda merasai gejala-gejala ini?

  • Sentiasa memikirkan tentang makan.

Adakah anda sering memikirkan tentang makanan, berdiet atau berat badan?

  • Jarang kenyang atau mempunyai keinginan untuk makan lagi selepas beberapa jam habis makan.

Anda merasa tidak kenyang selepas makan, tidak kira apa anda makan? Adakah anda merasa lebih lapar seperti tidak makan apa-apa dua jam selepas makan?

  • Sering merasa penat atau mengantuk.

Adakah anda berasa malas, hampir seperti diberi dadah selepas makan? Adakah anda berasa seperti mahu baring, atau mungkin tidur sebentar? Adakah anda tangguhkan atau batalkan sesetengah aktiviti sebab anda tidak mempunyai tenaga? Adakah anda berasa lapar atau penat pada waktu tengahari?

  • Berasa risau dan gemuruh tanpa sebab.

Adakah anda berasa gementar atau berasa jengkel tapi anda tidak boleh terangkan sebabnya? Ingin bersendirian? Berasa marah atau menyalahkan diri sendir?

  • Emosi yang ekstrem.

Pernahkah anda berasa ingin menangis atau sedih tanpa sebab? Pernah berasa tiada harapan, perasaan sunyi yang kuat, perasan takut? Pernahkah anda berasa ghairah atau perasaan suka yang terlampau, tetapi kemudian berasa sunyi dan sedih?

Jikalau anda mempunyai berat badan berlebihan atau sentiasa berlawan dengan perasaan sendiri atau mempunyai simptom-simptom di atas, maka anda mungkin seorang penagih karbohidrat.

Usah bimbang, Marissa Slimway menjanjikan kehidupan baru buat anda.

Diet yang bakal saya perkenalkan ini akan menjadi solusi paling berkesan untuk meletakkan tanda noktah kepada masalah perut buncit – atau lebih dikenali sebagai lemak viseral (visceral). Sebaik sahaja tahap lemak viseral anda mula menurun (dan pada kebiasaannya akan berlaku dalam masa beberapa hari), lemak-lemak yang tersumbat pada hati anda juga akan mula hilang sedikit demi sedikit. Pesakit kencing manis dan pra-diabetes dapat melihat yang tahap gula darah mereka akan mula jatuh kembali ke paras normal dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Secara tidak langsung, diet ini akan menetapkan anda pada landasan yang betul untuk menjalani kehidupan yang jauh lebih sihat.

Namun begitu, diet ini bukanlah satu program penurunan berat badan yang dilakukan untuk sekali sahaja dan terus dilupakan dalam masa beberapa minggu selepas melihat berlakunya perubahan. Tetapi ia adalah sebahagian daripada program gaya hidup yang dicipta atas 5 prinsip utama yang bertujuan untuk menyokong anda, bukan sahaja semasa anda mengamalkan diet ini, malah apa yang pentingnya ialah kami di Marissa Slimway  terus menyokong anda selepas anda mencapai matlamat dan mula melangkah ke peringkat yang seterusnya dalam hidup anda.

Oleh itu, demi mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang, ia merupakan satu perkara yang sangat penting untuk benar-benar memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Berubah Kepada Diet Ketogenik Marissa

Saya akan memperkenalkan kepada anda pelan pemakanan Marissa Slimway. Ini adalah satu cara pemakanan yang lazat dan sihat. Mengandungi  karbohidrat yang mudah dihadam, tetapi kaya dengan vitamin yang melawan penyakit dan flavonoid. Penuh dengan buah-buahan, kacang, minyak zaitun dan sayur-sayuran, namun pada masa yang sama mengandungi banyak jenis-jenis makanan yang kita telah diberitahu untuk tidak mengambilnya – atas faktor makanan-makanan ini dikatakan akan memberi kesan yang tidak elok pada badan, iaitu makanan seperti yogurt penuh-lemak, telur dan minyak kelapa.

Bentuk tubuh kita di tentukan oleh hormon dan enzim

Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak cantik disebabkan oleh kehadiran air yang banyak di bawah kulit. Air ini merupakan sejenis bahan berlendir juga berlemak. Ia hadir di bawah kulit membuatkan kulit tampak sembab dan tidak bercahaya. Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan mereka hilang kecantikan yang dimiliki. Oleh kerana simpanan air yang banyak, mereka ini kurang minum air. Mereka juga tidak selesa dalam cuaca panas. Dan  tidak tahan cuaca terlalu sejuk juga. Tubuh mereka sukar mengadaptasi terhadap perubahan cuaca. Cuaca sejuk atau panas membuat hati merasa gelisah dan tertekan.

Wajah seseorang yang obes hampir sama bentuknya. Ini disebabkan faktor hormon yang mengumpulkan lelemak pada pipi dan leher. Hal ini membuatkan mereka kehilangan bentuk wajah asal dan kelihatan hampir serupa kesemuanya. Apabila mereka kurus semula barulah mereka mendapat kembali kecantikan wajah yang hilang akibat lemak berlebihan itu.

Tingkatkan Metabolisma

Rawatan meningkatkan metabolism memerlukan komitmen yang tinggi. Di Marisaa Aesthetic kunci utama kejayaan kami di dalam menurunkan berat badan pelanggan kami ialah kefahaman yang jelas mengenai proses metabolik.

Apabila pelanggan mendapat kefahaman yang jelas dia akan berusaha mengubah corak kehidupan sebagaimana yang disarankan oleh kami. Langkah pertama ialah mengubah persepsi dan kefahaman terhadap pemakanan. Apabila pelanggan faham maka mereka tidak membenci makanan sebaliknya hati mereka menjadi tenang kerana masalah  sebenar bukanlah di sebabkan pemakanan.

Masalah sebenar ialah mereka tidak mempunyai hormon dan enzim yang mencukupi bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Kerana itulah mereka merasa keletihan dan tubuh menjadi lemah. Apabila seseorang makan dan minum makanan itu akan di tukarkan kepada tenaga pada empat bahagian tubuh kita iaitu otot, otak, hati dan sel lemak.

Apabila makanan tiba pada sel otot ia bertukar kepada tenaga yang membolehkan pergerakan dan aktiviti fizikal tubuh kita. Apabila ia tiba ke otak pula ia bertukar kepada tenaga menghasilakan neurotransmitter bagi otak kita. Begitu juga apabila ia tiba pada hati. Di hati pelbagai proses penghasilan protein berlaku. Hati dianggap sebagai kilang yang menghasilkan protein yang di perlukan oleh tubuh kita. Makanan juga akan tiba ke lemak tubuh dan bergabung membentuk simpanan lemak yang di gunakan kembali semasa tubuh kita memerlukannya. Masalah obesiti terjadi kerana proses penggunaan tenaga terganggu. Ini kerana semua makanan yang dimakan hanya menjadi  lemak dalam tubuh sahaja.

Untuk itu kami memperkenalkan formulasi Marissa Young yang berkesan untuk meningkatkan aktiviti enzim dan hormon badan kita dan Shape up krim anti selulit yang bertindak jauh ke dalam memerikan kesan pemecahan selulit yang melekat pada kulit.

Cadangan Pemakanan Ketogenik:

  1. Kacang kuda.
  2. Ayam rebus
  3. Timun
  4. Taugeh
  5. Minum teh atau kopi tawar
  6. Avocado
  7. Almonds
  8. Jus lemon
  9. Telur