Apa Pendapat Pakar Mengenai Marissa Slimway

Assalamualaikum semua, Terlebih dahulu saya Dr Rushmini Maris ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan puan membaca warkah ini. Saya ingin berkongsi dengan tuan puan sebuah kisah yang mencetus inspirasi kepada saya. Beberapa tahun dulu saya hanyalah seorang doktor yang membuka beberapa buah klinik swasta. Perniagaan yang maju serta kehidupan yang murah rezeki telah saya nikmati ketika itu. Tugas saya mudah iaitu memberi ubat mengikut jenis sakit sesiapa yang berkunjung. Syukur kepada Allah SWT kerana membuka pintu rezeki dan menjadikan klinik saya sebuah klinik yang di sukai ramai. Pesakit kencing manis dan darah tinggi memberi keuntungan tinggi kepada saya kerana mereka akan mengambil ubat setiap bulan dan mereka ini sangat ramai. Lagi pun penyakit itu tidak boleh sembuh maka mereka ialah asset yang penting bagi klinik saya kerana kunjungan yang tetap setiap bulan. Begitu juga sakit tulang, sendi, migraine dan obesity. Mereka ini juga bergantung kepada ubat yang saya jual. Sebagai seorang doctor saya berterus terang kepada mereka bahawa penyakit kronik tidak mungkin sembuh. Itu yang saya belajar di sekolah perubatan dan saya berpegang teguh kepada ilmu saya. Apabila nenek saya menderita kerana kencing manis tak terkawal dan ibu saudara saya terlantar akibat arthritis yang teruk hati saya menjadi sayu sekali. Sebagai seorang doktor sudah tentu saya mahu memberi yang terbaik kepada mereka namun jelas sekali saya tidak berdaya melakukan nya. Saya melihat dua orang bapa saudara saya meninggal dunia akibat serangan jantung tanpa berupaya melakukan apa-apa, nenek yang saya sayangi juga akhirnya turut meninggal dunia,walaupun kesemua mereka rajin makan ubat dan berulang alik ke klinik pakar setiap bulan namun jelas sekali ubat yang di ambil tidak dapat membantu. Tiba-tiba ibu dan bapa saya pula di sahkan mengalami darah tinggi, selepas makan ubat darah tinggi ibu saya menjadi lemah dan tidak ceria, begitu juga bapa. Kedua-duanya berubah menjadi murung seolah olah hidup dalam kedukaan yang saya sendiri tidak dapat jelaskan mengapa. Lalu saya di belenggu persoalan adakah ubat-ubatan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian? Mengapakah kesan ubat itu begitu buruk sekali? Apabila saya sendiri mula mendapat tekanan darah tinggi saya mula memahami apakah yang di rasai oleh ibu bapa saya, arwah nenek saya ,pak cik saya serta kesemua para pesakit yang mengambil ubat-ubatan sebegini. Setiap bulan mereka datang mengambil ubat kerana terpaksa. Ubat-ubat itu mengganggu mereka membuatkan mereka menjadi murung, tertekan, sukar tidur serta mendapat kesan sampingan yang lain. Saya bersyukur kerana masalah yang saya hadapi membuka mata saya untuk mendalami dengan lebih mendalam menggenai persoalan ini. Saya berkunjung ke India bagi mengikuti kurus yang di jalankan oleh seorang doktor terkemuka dunia bernama Thiery Hertoge. Dr Thiery Hertoge pernah di hukum di keluarkan pendaftaran sebagai pengamal perubatan lantaran kelantangan nya mengkritik perubatan barat, beliau berpendapat ubat-ubat hanya sekadar menahan sakit, untuk sembuh kita perlu memulihkan sistem hormon dalam tubuh kita. Hanya pemulihan hormon mampu memberi penyembuhan yang sebenar. Beliau berkata kalenjar hormon manusia perlu di bajai kerana apabila hormon mati maka seseorang akan menjadi tua. Apabila hormon kita cantik kita akan muda dan bebas penyakit tidak kira berapa pun usia kita. Tidak hairan lah beliau yang berusia 70 tahun nampak seperti baru berusia 30 an. Perubatan barat ialah suatu perniagaan yang besar. Menjual ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat stroke, ubat jantung dan lain-lain merupakan satu perniagaan bagi mereka maka tidak mungkin mereka suka kan kaedah lain, bayangkan jika penduduk dunia semuanya sihat dan sukar mendapat penyakit, bagaimanakah perniagaan mereka ini akan berkembang? Selama ini saya tidak percaya tentang pengambilan supliment atau makanan tambahan, bagi saya ia merupakan satu gimik di mana para pengusaha mahu meraih keuntungan semata mata. Keadaan mula berubah apabila saya faham bahawa dalam tubuh kita, kita memerlukan nutrisi yang tepat bagi membaiki sel yang rosak. Kalenjar hormon merupakan asas kesihatan seseorang, apabila kelenjar hormon baik maka seseorang akan sihat dan muda. Kalenjar hormon memastikan sakit kencing manis sakit jantung, sakit gout, arthritis dan lain-lain di pulihkan. Kita mesti memulihkan dan membaiki kalenjar ini bagi membolehkan penyakit di sembuhkan. Hormon insulin menghalang kencing manis, hormon adrenal menghalang arthritis, hormon lain seperti thyroid, leptin, melatonin dan sebagainya mencegah obesity, kanser dan pelbagai sakit kronik. Dengan mengambil pemakanan tambahan yang betul segala masalah kesihatan dapat di sembuhkan. Saya mula merawat diri sendiri, ibu bapa serta ahli keluarga saya. Ternyata kaedah rawatan tanpa ubat dan hanya dengan unsur semula jadi seperti mineral unsur surih yang tepat, oksigen dalam bentuk ozone serta hormon memberi hasil yang menakjubkan. Ibu bapa saya sembuh sepenuhnya dari darah tinggi, pak cik saya sembuh dari masalah jantung dan mak cik saya kini tiada lagi kencing manis. Saya sendiri bebas dari darah tinggi dan tenaga menjadi meningkat. Hal ini sangat menggembirakan saya. Apabila kita sihat maka kita tampak muda dan jelita. Saya berasa terpanggil berkongsi kisah ini dengan tuan puan kerana saya mahu tuan puan juga merasa apa yang saya telah lalui. Siapa kata kita tidak boleh sembuh dari kencing manis? siapa kata darah tinggi ialah penyakit yang perlu di deritai seumur hidup? bagaimana dengan gout, sakit jantung, masalah kolestrol dan lain- lain? obesity degil pula bagaimana? sebenarnya anda boleh sembuh jika anda berusaha dan faham mengenai nutrisi dan keperluan nutrisi. Justeru itu saya mengadakan bengkel kesihatan dan kecantikan secara percuma bagi anda yang inginkan pengetahuan dan mahu mengubah nasib diri sendiri. Saya harap tuan puan akan datang ke bengkel saya dan belajar kaedah yang saya cipta khusus untuk anda . Ubat bukan keperluan tubuh badan, nutrisi dalam pelbagai bentuk ialah keperluan sebenar dan ia harus tepat dengan keperluan tubuh anda. Kata pepatah “Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri Cina” dan ilmu yang saya kongsikan akan membuka minda anda. Insyaallah. Wassalam. DR Rushmini Maris bt Ismail