Terapi Enzim untuk Kurus
Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan
dan tidak terkawal. Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius
Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan. Obesiti ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti diabetes, masalah lemak dan kolesterol di dalam badan, tekanan darah tinggi, masalah sendi atau osteoarthritis, penyakit jantung dan vascular. Obesiti ini juga boleh menyebabkan batu karang, infarksi serebrum, masalah pernafasan, ketidaksuburan, haid tidak menentu, pembocoran air kencing, masalah pedih hulu hati dan juga masalah tekanan perasaan.
BAGAIMANAKAH ENZIM TERAPI MEMBANTU UNTUK KURUS
APAKAH GLYCOSYLATION?
Glycosylation merujuk kepada kehadiran gula glukosa yang tinggi, melekat pada sel darah merah kita. Glukosa yang tinggi mampu melekat pada sel-sel lain dan menjejaskan fungsi sel. Oleh itu pengambilan karbohidrat yang tinggi pastinya tidak sesuai.
Apabila kita sering minum minuman yang manis, tubuh akan mengalami kenaikan paras gula yang tinggi. Sel-sel yang terbiasa dengan gula tinggi akan menyebabkan berlakunya ketagihan. Inilah yang dinamakan fenomena insulin resistance atau rintangan insulin.
Insulin tinggi menghalang penggunaan lemak sebagai tenaga. Ia juga membuang keluar magnesium ke dalam air kencing.
{Nota: Dalam program Marissa Slimway anda akan belajar teknik menjadikan kelenjar insulin kembali normal. Pengidap kencing manis akan mendapati teknik dalam Marissa Slimway dapat membantu memulihkan kesihatan dengan cepat}.
KALORI
Kalori merujuk kepada kandungan tenaga dalam makanan yang kita makan. Malangnya bukan semua tenaga dari makanan dapat digunakan oleh tubuh kita. Oleh itu untuk kurus kita perlu memilih makanan yang mempunyai kadar tukaran yang cepat. Dengan Enzim Terapi anda pasti TERKEJUT. Penemuan kami di Marissa Slimway ini akan membantu memberikan penyelesaian kepada para penghidap masalah insulin resistance.
Kami BERJAYA membongkar rahsia yang selama ini menjadi teka-teki tentang diri anda. MAKANAN APAKAH YANG TUBUH TIDAK MAMPU PROSES? Makanan jenis ini akan terus menjadi lemak tepu keras yang mengambil masa tiga tahun untuk diproses! Jadi apa tunggu lagi! Inilah masanya anda membongkar segala misteri ini di Marissa Slimway.
KEBAIKAN LAIN ENZIM TERAPI
Enzim membantu dalam penjagaan kesihatan tubuh badan kita. Selain kepentingannya dalam proses pencernaan, enzim dapat digunakan untuk mendiagnosis dan mengubati penyakit. Namun tahukah anda, gaya hidup yang “sembarangan” dapat merosakkan dan mengurangi jumlah enzim dalam tubuh kita. Pengambilan secara berlebihan daging, telur, susu, dan ubat-ubatan, kurang minum, mengunyah terlalu cepat, meminum minuman beralkohol dan kafein, kurang bersenam, stress, serta merokok dapat mengurangi jumlah enzim dalam tubuh kita.
Setiap sel dan tisu mempunyai aktiviti dan peranannya tersendiri yang memerlukan perubahan berterusan dalam keadaan biokimianya. Enzim adalah pemangkin kepada aktiviti-aktiviti ini, memudahkan dan mempercepatkan proses sintetik dan analitik tertentu.
Soalan: Kononnya diet tapi badan macam tu jugak, mengapa jadi macam tu??
Jawapan: Kerana cara pemakanan kita sekarang sangat mencabar sistem penghadaman, menyebabkan kitaran anabolic dan kitabolic jadi tidak seimbang. Ia akan menjadi rosak dan menyebabkan lemak cenderung untuk berkumpul dan tidak mudah pecah.
TESTIMONI ENZIM TERAPI
1.KISAH PUAN ANITA, 50 TAHUN.
Komen Coach:


2.KISAH ENCIK ZUL, 45 TAHUN
Saya Zul, seorang Cikgu di Kuala Lumpur dan berumur 45 Tahun. Dahulu saya seorang yang tidak menjaga diri. Pantang nampak makanan mesti saya akan makan dan habiskan. Saya juga suka minum air manis. Sudah puas isteri saya nasihatkan supaya menjaga permakanan, tapi saya hiraukan dengan alasan masa sihat ini lah saya nak makan puas-puas. Kalau dah sakit nanti memang susah nak makan sedap-sedap. Lama kelamaan saya merasa susah bergerak kerana badan yang semakin membesar. Saya mudah merasa lelah apabila berjalan atau semasa menaiki tangga. Baju lama saya sudah banyak tidak muat akibat badan yang semakin membesar. Saya cuba menurunkan berat badan dengan memakan pil kurus yang dijual online, tapi malangnya gagal. Malah saya dimasukkan ke hospital kerana pitam. Suatu hari, isteri saya mencadangkan agar saya mendapatkan khidmat nasihat di Marissa Aesthetic. Pada mulanya saya ragu-ragu namun dengan keazaman yang kuat serta testimoni yang berjaya kurus, saya datang ke pusat kecantikan Marissa Aesthetic.
Setelah saya buat sesi body analisis barulah saya tahu bahawa berat saya tidak turun selama ini adalah disebabkan oleh kerosakan pada suis metabolik. Coach Marissa Aesthetic memberikan penerangan yang jelas serta terperinci tentang masalah berat badan yang saya hadapi. Setelah berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, saya tekad untuk membuat rawatan terapi enzim. Perkara ini telah banyak mengubah kehidupan saya sekarang. Terima kasih coach Marissa yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mengubah diri.
Komen coach:
Saya telah melakukan ujian body analisis terhadap Encik Zul. Saya dapati Encik Zul mengalami masalah kerosakan suis metabolik jenis T. Hal ini menyebabkan lemak berkumpul pada perut. Kekurangan suis bakar lemak menyebabkan cecair berupa lendir berkumpul di bawah kulit dan menjadikan kulit kelihatan kusam, kekurangan tenaga dan tubuh juga berbau akibat radang pada kulit. Stamina badannya juga menurun kerana kerosakan suis bakar lemak yang tersekat. Rawatan yang dicadangkan kepada Encik Zul adalah Terapi Enzim. Kelebihan rawatan ialah perut menjadi kempis dan ukur lilit pinggang mengecil, kadar tekanan menurun, tidak merasa lapar apabila berdiet dan lebig gembira dalam aktiviti seharian.