Senaman Yang Sesuai Bagi Tubuh Badan Bentuk Pisang

Bagi mereka yang memiliki bentuk badan pisang di sarankan untuk melakukan 4 senaman ini bagi mendapatkan tubuh badan yang cantik. Senaman ini perlu dilakukan sekerap yang boleh bagi mendapatkan keputusan yang cepat. Lakukan senaman ringkas ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

1)PLANK
Ini adalah latihan statik, yang bermakna korang tidak perlu bergerak semasa melakukannya, tetapi hanya tahan badan korang dalam kedudukan lurus sahaja. Untuk melakukannya dengan betul, ikut contoh yang ditunjukkan di dalam gambar ini saja yang penting pastikan bahagian belakang korang lurus. Latihan ini,dapat membentuk otot-otot seperti abs, lengan otot, belakang, dan otot paha dalam.
2)PUSH-UP
Perkara yang paling penting adalah menjaga bahagian belakang , bawah, dan kaki dalam garisan yang lurus – ini akan menegangkan abs korang dan juga bahagian dada . Langkah seterusnya adalah untuk kembali ke kedudukan permulaan sebagai perlahan-lahan yang mungkin. Untuk permulaan lakukan 5-10 ulangan bagi sesi ini.
3)SQUATS
Squats ini adalah untuk keseimbangan badan. caranya ialah meletakkan kedua belah tangan separas dengan bahu dan berdiri diatas tapak kaki korang. Kemudian, rendahkan pinggul seolah-olah nak duduk atas kerusi. Lutut dan kaki harus membentuk seperti satu garisan lurus.
4)SENAMAN ABS
Senaman ini dalam keadaan terbaring serta sebelah tangan diangkat keatas, kemudian perlahan lahan naikkan sebelah kaki yang lain dan tangan yang diangkat itu bersentuhan dengan kaki yang diangkat tadi.Seterusnya kembali kepada kedudukan permulaan dan ulangi dengan kaki dan tangan yang lain, seperti yang korang lihat gambar diatas.