Senaman Mudah Yang Dicadangkan Bagi Tubuh Badan Bentuk Pear

Bentuk badan yang cantik dan menawan merupakan keinginanan bagi ramai wanita. Tetapi disebabkan kekurangan masa untuk melakukan senaman membuatkan ianya terbatas. Lakukan teknik senaman mudah  ini dimana sahaja yang hasilnya dapat mengecilkan perut, punggung, dan peha adalah dengan melakukan:

Gerakan V-Stretch

Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Hanya dengan rentangkan kedua-dua kaki, tegakkan tubuhmu. Bongkokkan dada ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Lakukan perkara yang sama untuk kaki kanan. Tahan setiap regangan selama 5-15 saat. Ulangi 8 kali untuk setiap kaki.

Angkat Kedua Kaki ke Atas

                                                  
                                                  

Berbaringlah lalu angkat kedua-dua kaki ke atas. Kedua-dua tangan berada di samping menekan lantai. Kemudian, lakukan seperti yang ada di keterangan gambar di atas ini, angkat kaki dan gerakkan ke dada, ulanginya 8 kali.

Gerakan Superman Terbang

                                                

Telangkup di atas permukaan rata. Dagu menumpu pada lantai. Regangkan kedua tanga ke depan sejauh mungkin. Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.