Ikan Salmon terkenal akan kandungan nutrisinya yang tinggi. Ianya mengandungi protein serta vitamin A, D, E, dan K yang dapat melancarkan metabolisme dan sistem pencernaan untuk membuang zat-zat tidak berguna dari tubuh dan membakar lemak degil. Pemakanan ikan salmon perlu diamalkan selalu bagi penurunan berat badan yang efektif.

BAHAN-BAHAN

  • 200g Ikan Salmon (dibuang tulang)
  • 3 sudu besar Minyak Zaitun
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 1 sudu kecil Daun Selasih Kering
  • ½ sudu besar Daun Parsley (dicincang halus)
  • 1 sudu besar Jus Lemon
  • 1 sudu kecil Lada Hitam

CARA PENYEDIAAN

1. Campurkan bawang putih, daun parsley,daun selasih kering, jus lemon dan Lada Hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata.

2. Sapukan campuran ke atas ikan salmon dan perapkannya selama 30 minit.

3. Gorengkan sedikit permukaan ikan salmon di kedua-dua belah dengan minyak zaitun.

4. Bakarkan ikan salmon di dalam ketuhar dengan suhu 180⁰C dalam masa 5 – 7 minit atau goreng sehingga ikan salmon masak.

5. Hidangkan ikan salmon bakar dengan sos dill dan hiaskan dengan hidangan sampingan.

SOS DILL 
BAHAN-BAHAN

  • 10 gm Mentega
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 2 ulas Bawang Kecil (dicincang halus)
  • 200ml Krim
  • 5 gm Daun Dill
  • ¼ sudu kecil Lada Putih
  • Secukup rasa Garam

CARA PENYEDIAAN

1. Tumiskan bawang putih dan bawang kecil dengan mentega.

2. Masukkan krim dan masak dengan api perlahan.

3. Masukkan daun dill, Lada Putih, garam dan masak sebentar.

HIDANGAN SAMPINGAN 
BAHAN-BAHAN

  • 3 batang Sayur Asparagus (dibuang sedikit kulit)
  • 2 biji Tomato Ceri (dibelah dua)
  • 1 biji Kentang Russet (dibelah bentuk “wedges”)
  • ¼ sudu kecil Lada Putih

CARA PENYEDIAAN

1. Celurkan sayur asparagus dan rendam di dalam air sejuk.

2.  Rebuskan kentang russet sehingga empuk.

3. Tumiskan sayur asparagus, tomato ceri dan kentang dengan minyak zaitun.

4. Masukkan Lada Putih dan goreng seketika.