Resepi Tomyam Putih Ala Thai

TOMYAM, juga dirujuk sebagai sup panas dan masam. Ianya mengandungi banyak ramuan yang sihat termasuk daun ketumbar, daun limau purut, lengkuas, kobis bunga, dan pelbagai cili dengan ditambah pula dengan makanan laut yang kaya dengan pelbagai zat mineral. Cili yang mengandungi sehingga tujuh kali tahap vitamin C dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Cili dapat membantu pencernaan bagi mereka yang sedang menjaga badan.

 

BAHAN-BAHAN

  • Ayam potong kecik
  • Udang potong ujung n ekor
  • 1 biji carrot potong panjang
  • kobis bunga potong kecil
  • Putik jagung potong kecil
  • Batang celery potong kecil
  • 8 biji cili api
  • 1 biji bawang besar potong 6
  • 7 batang cili hijau dihiris
  • Halia hiris nipis
  • Lengkuas hiris nipis
  • 2 batang serai di titik
  • 3 helai daun limau purut ( buang urat tengah nyer )
  • 4 biji limau nipis ( ambik air nyer )
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sos ikan secukup rasa
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 liter air

CARA PENYEDIAAN

1. Panas kan 1 liter air dan masukkan halia, lengkuas, bawang, cili hijau serta serai.
2. Masak air sampai menggelegak. Kemudian masukkan ayam dan carrot. Masak sehingga ayam cukup masak.
3. Masukkan sayur sayur lain beserta garam, gula, sos ikan, secukup rasa dan kacau sebati.
4. Biler rasa sudah seimbang masukkan air limau, cili api dan udang. Kacau sehinggaudang bertukar warna.
5. Masukkan daun limau purut. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Akhir sekali masukkan susu cair dan kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.