Resepi: Taugeh Goreng

Bahan-bahannya:

50 sen taugeh

50 sen daun kucai

2 biji cili masak*

2 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*(* di hiris halus)

1/2 paket kecil fistball -di belah 4

Sedikit sos tiram

Sedikit kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen)

Garam & sedikit pati ayam

Minyak untuk menumis
resepi-15
Cara-caranya:

Cuci taugeh buangkan salutan hitamnya & toskan.

Daun kucai di potong lebih kurang 1″ panjang.

Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan bawang merah & bawang putih, gorengkan sebentar sehingga layu dan naik bau.

Masukkan fistball gorengkan sebentar kemudian masukkan sos tiram , garam & pati ayam, kacau sebatikan.

Masukkan pula taugeh, daun kucai & cili merah, kacaukan supaya bahan-bahan tadi sebati .Gorengkan sebentar je supaya taugeh crispy & tidak terlalu layu.

Akhir sekali masukkan kicap, gaulkan sayuran supaya sebati & rasakan le sayuran sesuaikan dengan citarasa kita.

Siap untuk di hidangkan.

 

Nota: Amat menyelerakan jika dihidangkan dengan ikan masin panas-panas 😉

Save