Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.

Sup Sayur
Bahan-bahan :
  • 2 pokok sawi
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 paket kecil cendawan tiram kelabu
  • 1/2 kuntum bunga kobis
  • 2 pokok daun sup
  • 1 biji tomato
  • 1 paket kek ikan
  • 2 biji bawang  merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 biji cili api
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sepeket sup bunjut
  • Secebis asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya
Cara-cara:
1. Sayuran dipotong-potong. Daun sup di asingkan daun dan batangnya dan dipotong. Tomato dipotong baji 6 bahagian.  Kek ikan juga di potong kecil. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk pecah sedikit.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. Bila bahan tumbuk dah kekuningan dan berbau wangi masukkan air. Tunggu mendidih sedikit, masukkan halia dan cili api yang diketuk. Masukkan juga sup bunjut,  kiub ayam, serbuk lada hitam dan asam keping.
3. Selepas itu masukkan kek ikan. Tunggu hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sayuran kecuali daun sup dan tomato. Batang sup dimasukkan sekali yer. Pada masa ni sesuaikan berapa banyak air yang diperlukan. Kalau rasa tak cukup air, boleh tambah.
4. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Dah cukup rasa…. boleh masukkan tomato. Tunggu sebentar sehingga tomato ada tanda-tanda nak terkopek kulit luarnya, Bolehlah tutup api. Lepas tu taburkan daun sup kedalam.