Resepi Sup Ikan Merah Berkhasiat

Metabolisme adalah tindak balas kimia yang berlaku di dalam tubuh manusia kerana pelbagai proses interaksi antara bahan. Contohnya sistem metabolisme dalam memproses karbohidrat, ianya dapat menghasilkan tenaga dan sekaligus membakar lemak. Tahukah anda Ikan merah dapat membantu dalam mempercepat  sistem metabolisme tubuh dan membantu dalam sistem pencernaan dan sekaligus mencegah kolestrol. Ini bermakna ikan merah adalah ikan yang sangat sesuai dalam diet harian kita bagi penurunan berat badan. Berikut adalah resepi menggunakan ikan merah yang pastinya dapat membantu dalam penurunan berat badan anda.

SUP IKAN MERAH BERKHASIAT

 

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping ikan merah
  • 1 sup bunjut ikan daripada adabi *
  • 3 ulas bawang putih yang dimayang *
  • 5 ulas bawang merah yang dimayang *
  • 1 batang serai yang dititik / ketuk
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 3 biji cengkih *
  • 1 batang kayu manis *
  • 2 inci halia yang diketuk *
  • 1 biji tomato yang dibelah empat
  • 1 pokok daun sup yang dimayang
  • 1 pokok daun bawang yang dimayang
  • 1pax perencah sup (dicampur air @ terus tabus atas minyak pun blh)

 

CARA PENYEDIAAN

1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi

2. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda, setelah air menggelegak, masukkan ikan

3. Masukkan garam atau perasa jika suka. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato

4. Tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi. sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas2.