Resepi: Sup Ayam Ala Marissa

Yummy….

Saya peminat tegar sup ayam 😉

Sedap waktu makan dengan nasi, hirup begitu mahupun cicah dengan roti 😉

Jom, Marissa kongsi resepi 🙂
Bahan-bahan:

500 gm ayam di potong kecil-kecil

1/2 batang lobak merah di potong 1 inc

2 biji kentang di potong baji

1 biji tomato belah 4

Daun sup dan daun bawang di mayang halus

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

2 biji pelaga
resepi-16
Bahan kisar:

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

3 biji buah keras

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu besar lada hitam

CARA CARA

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap.

Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih.

Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk.

Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang.

Save