Ikan yang dikukus(stim) merupakan sumber protein rendah kalori, yang amat penting untuk diet. Protein membantu mengawal selera makan anda. Badan manusia memproses protein pada kadar yang lebih perlahan daripada lain-lain nutrien seperti karbohidrat menurut Dr. David A. Kessler, seorang doktor perubatan dan pesuruhjaya bekas FDA, dan juga pengarang buku ” The End of Overeating: Taking Control of the Insatiable American Appetite. Berikut adalah contoh resepi masakan yang dikukus (stim) yang dapat membantu dalam penurunan berat badan. 

SIAKAP STIM HALIA

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap
  •  2.5 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • ½ bawang besar
  • 3 batang serai
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • 6 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis @ lemon
  •  2 biji cili merah
  •  1 biji buah tomato
  •  1 tangkai daun sup
  •  Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1. Halia, bawang putih, bawang merah ditumbuk dan digaul pada ikan bersama sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 15 minit.

2. Cili merah, tomato, bawang besar serta daun sup yang telah dihiris ditabur di atas ikan. Letak serai yang telah diketuk. Tomato untuk dapatkan sedikit rasa masam agar seimbang dengan rasa sos tiram.

3. Stim atau kukus ramuan serta siakap di lebih kurang 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah limau nipis @ letak hirisan lemon dan siap!!