Resepi Daging Goreng Kunyit

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi. Dengan mengawal kadar kolestrol dalam badan dapat membantu dalam penurunan berat badan. Ikuti resepi di bawah bagi mengamalkan diet pemakanan baik yang mengandungi kunyit.

DAGING GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN

  • Daging secukupnya (anggaran semangkuk lauk) – kalau daging batang pinang lagi sonang!
  • 1 – 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 labu bawang besar – mayang
  • Sedikit kunyit
  • Kacang panjang – potong 1 inci
  • 1-2 biji cili merah – potong ikut citarasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Lada sulah

Sedikit minyak masak

CARA PENYEDIAAN

1. Daging dipotong nipis dan bersihkan. Perap dengan bawang putih tumbuk, garam dan kunyit dalam 30 minit ke 1 jam (akak perap sepagian).
2. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap sampai kering air daging. Kalau belum lembut, tambah air sedikit, tutup kuali dan masak/rebus sehingga lembut. Biasanya kalau daging batang pinang tak mengambil masa yang lama.
3. Taburkan bawang besar dan cili diikuti sos tiram (jangan banyak takut termasin sebab dah letak garam). Boleh juga masukkan kacang sekali jika suka sayur yang lembut, gula dan lada sulah.
4. Kacau dan tutup sebentar sehingga bawang layu dan daging secukup rasa. Matikan api dan hidang.