Resepi Cendawan & Brokoli Sos Tiram

Berat badan yang berlebihan ianya terjadi disebabkan  lemak dan kolesterol didalam tubuh tidak terbakar. Brokoli merupakan salah satu menu makan yang dapat membantu dalam membakar lemak degil serta kolesterol didalam tubuh. Ketika lemak degil serta kolesterol didalam tubuh berhasil mengalami pembakaran, dengan secara automatik berat badan anda akan segera menurun perlahan-lahan. Berikut adalah resepi yang mengandungi sayur brokoli yang dapat membantu dalam pembakaran lemak.

CENDAWAN DAN BROKOLI SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN

  • 200 gm cendawan butang (guna yg dlm tin pun blh jugak)
  • 200 gm brokoli
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1-3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air – jika ingin berkuah
  • Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau.

2. Masukkan lada hitam, kicap manis & sos tiram. Kacau rata.

3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Masukkan garam secukup rasa.

4. Setelah menggelegak sedikit, masukkan cendawan diikuti brokoli. Kaup balikkan. Jangan terlalu lama hingga brokoli menjadi layu.

5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.