Resepi: Ayam Masak Rampai

resepi-14
Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (buangkan kulit dan potong kecil)

5 biji kentang (potong kecil dan gorengkan)

1 batang carrot (potong kecil)

20 tangkai kacang sepat/buncis

1 bij capsicum merah

2 biji tomato (belah 6)

1 labu bawang besar (potong bulat)

3 biji cili merah (hiriskan kasar)

10 biji cili api (hiriskan kasar)

Garam

Kunyit serbuk

Minyak

Bahan Tumis :–

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

3 cm halia

Cara Memasak:

1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak (gunakan minyak bekas goreng kentang). Jangan    goreng terlalu garing.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masukkan    ayam semula. Gaulkan rata.
3. Masukkan sayuran kacang, carrot, cili dan semua bahan lain. Gaulkan rata.
4. Jangan lupa masukkan kentang yang telah digoreng dan kacau rata. Perasakan dengan garam. Angkat dan    hidangkan.

Save

Save