Persediaan Untuk Memulakan Program Marissa Slimway

Ukur Kadar Denyutan Nadi, Berat Badan & Pinggang Anda

Cari ruang yang sunyi dan ukur kadar denyutan nadi anda. Anda akan merasakan nadi anda berdenyut di bahagian pergelangan tangan anda, di sekitar tendon yang paling luar. Tahap kecergasan anda adalah ditentukan oleh kadar denyutan nadi anda, oleh itu, pastikan untuk terus melakukan aktiviti mengukur secara beberapa kali kemudian mencatatkan skor purata anda. Saya berharap untuk melihat ia bertambah dengan lebih baik dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang.

Seterusnya, saya mahukan anda untuk menimbang berat badan anda sendiri. Jadi, sila keluarkan alat penimbang,  dan terus lakukan penimbangan. Usah berasa gentar.

Dengan jumlah berat badan yang tercatat pada skala penimbang dan tahap ketinggian anda, kini proses pengiraan kadar BMI anda dapat dilakukan.

 

Pengiraan BMI

BMI merupakan sejenis kaedah pengiraan yang mengambil kira aspek berat badan dan ketinggian seseorang, dan kedua-dua aspek ini akan menentukan sama ada kita memiliki kekurangan berat badan atau berlebihan mahupun telah mencapai “berat badan ideal”. Bagi yang dikategorikan sebagai “berat badan berlebihan”, mereka mempunyai BMI di antara 25 dan 29.9. Seorang dewasa dengan keputusan BMI sekurang-kurangnya 30 adalah dianggap “obese”. Ukuran ini digunapakai secara global kerana ia merupakan indikator lemak badan terbaik.

Dalam Marissa Slimway anda boleh mengira BMI tubuh anda dengan kalkulator mudah kami.

Sila layari laman sesawang kami marissaslimway.my/kalkulator di mana anda dapat menjimatkan banyak masa kerana di sini, ia secara automatiknya akan melakukan segala pengiraan buat anda.

ukur-badan

Sekarang anda capai pita pengukur dan ukur saiz pinggang anda. Secara jujurnya, tiada gunanya untuk anda menahan nafas supaya perut anda kelihatan kempis dan sebagainya, tidak perlu untuk menipu diri sendiri. Anda patut mengukur dengan mengelilingi perut anda.

Kaum Adam biasanya seringkali memandang rendah akan betapa pentingnya cara-cara sebenar mengukur saiz pinggang, akhirnya mereka sering tersilap ukuran dalam sekitar 2 – 3 inci.

Kenapa saiz pinggang itu penting? Kerana secara tidak langsungnya ia mengira kadar lemak viseral yang terkandung dan ini merupakan salah satu cara terbaik untuk meramalkan tahap kesihatan masa depan anda. Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini, kandungan lemak di sekitar dan di dalam bahagian perut adalah sangat merbahaya, walaupun pada realitinya bentuk badan anda sebenarnya tidaklah begitu berlemak.

Saiz pinggang anda sebaik-baiknya tidak lebih daripada separuh daripada kadar berat badan anda (jadi jika anda berketinggian enam kaki, pinggang anda hendaklah tidak lebih daripada 36 inci).

Menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan ke atas lebih daripada 32,000 lelaki dan wanita, ukuran pinggang sememangnya telah bertambah. Sebagaimana yang telah direkodkan, peningkatan ini sangat membimbangkan iaitu sebanyak 12 inci lebih daripada purata ukuran pinggang pada tahun 1950-an.

Marilyn Monroe yang mempunyai ukuran pinggang sebanyak 22 inci telah dianggap sebagai seorang yang mempunyai satu bentuk badan luar biasa!! Diet gula tinggi dan peningkatan hormon mungkin menjadi sebahagian besar mengapa terjadinya perkara sedemikian.

Jadi, itulah kadar denyutan nadi, berat badan dan saiz  pinggang yang diukur dan dicatatkan. Dan jangan lupa untuk mengambil beberapa selfies atau mungkin lebih elok untuk meminta jasa baik rakan anda bagi mengambil gambar anda. Semua gambar yang telah diambil haruslah disimpan dengan elok supaya anda dapat membuat perbandingan terhadap perubahan yang berlaku. Saya meramalkan anda akan pasti mahu menunjukkan kepada orang ramai gambar “sebelum” dan “selepas”.

 

Pengiraan Bentuk Tubuh

Di laman sesawang kami marissaslimway.my/kalkulator juga terdapat kalkulator untuk mengira bentuk tubuh. Alang-alang membuat ukuran untuk BMI, apa kata buat sekali untuk mengetahui bentuk tubuh anda.

Dapatkan ukuran untuk dada, pinggang dan pinggul. Masukkan ukuran tersebut dan voila! Anda akan mengetahui bentuk tubuh anda dan bagaimana menggunakan program Marissa Slimway untuk menstrukturkan pemakanan serta senaman anda.