Bentuk badan jenis pear ini dicirikan dengan ukuran pinggul yang lebih besar daripada ukuran dada. Anda yang mempunyai bentuk badan ini akan lebih cenderung untuk naik berat badan di bahagian pinggul dan paha dan anda juga mungkin akan mengalami pengekalan air.

PEMAKANAN YANG SESUAI

Anda harus mengambil makanan seperti daging, ikan, telur, produk tenusu dan makanan yang kaya dengan kandungan protein yang tinggi. Buahan seperti tembikai atau nanas sangat elok untuk anda kerana ia akan membersihkan badan anda dengan mengeluarkan toksin yang memperlahankan metabolisme anda. Gabunggkan dengan teh herba yang baik seperti teh hijau. Elakkan makanan yang tinggi dengan sodium, Dengan erti kata lain, kurangkan pengambilan garam anda dan juga elakkan makanan seperti roti, mi dan bera