Ciri-ciri orang berbentuk pisang atau empat segi ialah bentuk ini kelihatan sama rata dari atas sehingga ke bahagian bawah seperti pisang. Lekuk pinggang kurang kelihatan, nampak lurus seperti pembaris. Anda merupakan antara bentuk yang paling biasa di kalangan wanita. Anda mempunyai bahagian pinggul dan dada yang seimbang, namun bahagian pinggang kurang terbentuk. Anda mempunyai bahagian bawah badan yang lebih rata daripada keseluruhan pusingan badan. Anda cenderung mendapat peningkatan berat di bahagian dalam badan (batang tubuh) terlebih dahulu kemudian barulah di bahagian peha dan lengan. Kaki anda lebih rendah sentiasa indah dan merupakan aset anda yang terbaik.

Bagi mereka yang berbentuk pisang kenaikan saiz badan sangat mudah berlaku, Ini adalah kerana pembendungan atau penakungan air yang banyak dalam sel tubuh. Tidak hairanlah mereka mempunyai koleksi baju yang banyak kerana baju sering tidak muat! Bagi tubuh bentuk pisang anda perlu makan dengan cara :

1. Makan Dengan Teratur
Bagi mereka yang bertubuh berbentuk pisang anda disarankan untuk makan teratur dengan diet yang sihat untuk memastikan kandungan gula dalam darah stabil dan lebih bertenaga sepanjang hari.

2. Perbanyakkan Makanan Protein.
Anda disarankan untuk mengambil makanan yang berprotein tinggi. Tanpa protein yang cukup, otot-otot tubuh bagi tubuh berbentuk pisang tidak akan terbentuk dengan lebih baik.