Jika anda mempunyai bentuk badan Apple seperti ini, maka anda cenderung untuk naik berat badan di bahagian tengah. Oleh itu, diet yang sesuai untuk anda makan adalah makanan dalam kuantiti yang sedikit dan kerap. Makan enam kali sehari tetapi kurangkan kuantiti makanan anda.

Anda juga perlu memastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan serat, buahan, sayuran, vitamin C dan tenusu rendah lemak. Jika anda makan yogurt, pastikan ia membantu mengawal sistem pencernaan anda. Boleh ambil sedikit sahaja krim , butter , sos atau coklat atau elak kan terus untuk mendapatkan kesan lebih cepat.Anda harus mengelakkan dari mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gas yang akan membuatkan muka anda tampak bengkak seperti makanan segera dan lain-lainnya.