Panduan Merekodkan Berat Menggunakan Tracker Marissa Slimway

Marissa Slimway menggalakkan ahlinya menggunakan Tracker bagi memantau berat badan dengan efektif dan bersistematik.

Menggunakan tracker Marissa Slimway adalah sangat mudah.

Ikuti panduan di bawah ini untuk mula menggunakan tracker.

Cara Mengakses Tracker

  1. Klik http://marissaslimway.my/members-area/
  2. Masukkan info login jika perlu
  3. Klik pada menu “Tracker” atau pada teks “Klik sini untuk rekod”

ss1

 

Tentukan Berat Sasaran

Set berat sasaran anda di Tracker sebagai tanda aras program pelangsingan anda.

Lakukan sekali sahaja iaitu di permulaan program.

Biasanya berat sasaran yang realistik untuk program 3 bulan ialah 10-20kg.

Anda boleh set lebih dari itu, tapi kena kerja lebih keras ya!

Untuk menetapkan berat sasaran (Target Weight) di tracker, ikuti langkah di bawah:

  1. Di bahagian Target Weight, masukkan berat yang disasarkan. Contohnya 65kg. Masukkan 65 sahaja tanpa kg
  2. Klik pada butang Set Target
  3. Selesai

ss2

 

Timbang & Rekod Berat Mingguan

Sistem Marissa Slimway akan menghantar peringatan ke email anda untuk merekodkan berat di Tracker.

Peringatan atau alert ini akan dihantar secara automatik seminggu sekali.

Apabila menerima email peringatan, terus timbang berat dan rekodkan di dalam Tracker.

Ikuti langkah ini untuk merekodkan berat di dalam Tracker:

  1. Masuk ke Ruangan Ahli
  2. Login jika perlu
  3. Klik pada menu “Tracker” atau pada teks “Klik sini untuk rekod”
  4. Lihat pada bahagian ‘Add a new weight’
  5. Masukkan tarikh, berat yang baru ditimbang sebentar tadi dan sedikit nota
  6. Klik butang ‘Save Entry’
  7. Selesai

ss3

 

Anda juga boleh melihat statistik terkini di laman Statistik.

ss4