Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Tubuh Badan Bentuk Pisang

Makan secara sihat menggalakkan penurunan berat badan kerana perubahan pengambilan makanan ringan (junk food) kepada alternatif lain dapat mengurangkan kalori. Makanan ringan diklasifasikan sebagai makanan yang tanpa khasiat penting seperti vitamin, mineral, fiber & zat-zat penting lain. Memilih makanan sihat secara bijak dapat mengurangkan kalori dan seterusnya boleh menurunkan berat badan. Anda perlu mengelakkan daripada mengambil pemakanan yang tidak sihat seperti:

Makanan segera


Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

 

Makanan dalam tin


Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

 

Roti, kek, dll


Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.