Hormon

Kita perlu mengetahui bahawa hormone memainkan peranan sangat penting dalam menentukan keadaan fisiologi kita. Hormon bukan sahaja mengawal mood kita tetapi lebih daripada itu. Dia memberi kesan keatas berat badan, rasa lapar, kualiti tidur bahkan menentukan dibahagian mana lemak terkumpul dalam badan kita. Jadi apabila keseimbangan hormone terganggu kesihatan kita juga terganggu. Kuiz dibawah ini akan menolong anda mengenal jenis hormone (hormone type) anda. Jenis hormone ini menujukkan keadaan hormone tak seimbang yang telah terjadi yang menentukan fisiologi anda. Anda akan dibantu dengan cara untuk mengembalikan hormone anda kepada seimbangan yang sepatutnya.skor-8

Jenis Hormon Lapar: Puncanya tak seimbang insulin dan cortisol

Kesan daripada lebihan insulin.

Walaupun insulin memain peranan penting dalam menjamin kesihatan badan, insulin yang berlebihan boleh menyebabkan kita gemuk. Ini kerana insulin berlebihan menyebabkan badan kita menjadi cenderung untuk menyimpan glucose yang tidak diguna sebagai lemak. Satu lagi kesannya badan kita tidak menggunakan lemak terkumpul sebagai sumber tenaga. Oleh sebab itu insulin berlebihan menjadi penghalang kepada kita untuk menghilangkan lemak. Lebih-lebih lagi lemak diperut boleh dikatakan mustahil untuk di hilangkan.

Kesan daripada lebihan cortisol.

Kesan cortisol juga boleh dilihat pada terkumpulnya lemak yang tidak diperlukan dibahagian perut. Kedua –dua hormone iatu cortisol dan adrenalin berguna untuk badan kita mengawal stress. Bezanya adrenalain bertindak dalam keadaan stress yang berlaku pada masa tertentu namun cotrisol berfugsi untuk mengawal stress dalam jangka panjang. Walaupun demikian cortisol yang berlebihan merosakkan talian otot melemahkan sistem pertahanan alahan badan, memberi kesan pada kuasa ingatan dan boleh melemahkan ketebalan zat mineral dalam tulang dan boleh menyumbang kepada kanser. Pengaruh cortisol juga menyebabkan gangguan kepada imbangan gula dan insulin dalam darah. Juga cortisol boleh mengganggu keseimbangan hormone yang lain. Cortisol dan adrenalin berlebihan inilah yang menyebabkan anda tidak dapat mengawal nafsu makan yang mendesak pada lewat malam.
skor-9
Penyelesaian dengan menimbangi hormone.

Phosphatidylserine:

Produk ini menghapuskan kesan buruk daripada hormone stress pada otot dan sel otak. Diambil sebelum tidur 100mg boleh membantu dan juga memberi anda keselesaan tidur.

Makanan yang yang kaya dengan phosphatidylserine ialah kacang putih,kubis, barli, lobak merah dan nasi.

Bersenam untuk meningkat kekuatan otot sekali atau dua kali seminggu akan membantu meredakan keadaan kemurungan, keresahan, tekanan darah tinggi dan penyakit berkaitan dengan jantung.

Daun selasih (holy basil) didapati boleh mengurangkan cortisol dan membantu badan anda menghadapi stress. Ia juga memperelokkan imbangan gula dalam darah dan aktiviti insulin dalam darah. Ambil sejemput sehari selama sebulan.

Imbangkan protein,lemak dan karbohaidrat untuk tiga waktu makan (meals) sehari dan ambil serat tambahan untuk tingkatkan sensitivity insulin.

Minum 2-4 cawan teh hijau setiap hari untuk tingkatkan pembakaran lemak dan putaran glukos dalam badan. Boleh juga minum untuk mendapat kesan segera diwaktu makan makanan yang mengandungi kanji.

Tambah kulit kayu manis dalam diet anda. Ambil dalam satu suku atau setegah sudu teh sehari.

Beri biru (blue berries) juga dapat meningkat sensitivity insulin dalm masa 6 minggu.

Penyelesain untuk imbangi hormone.

Ambil 5 HTP 50-200 gm sehari. Ini diguna oleh badan anda untukk menghasilkan serotonin. Ia membantu mengurangkan kepelahapan makan dan mengelak sukar tidur (insomnia)

Rhodiola boleh meningkat kapsiti belajar, kuatkan ingatan dan baikkan mood. Ia juga boleh mengurangkan kemurungan kerana kemampuan menggerakan penghasilan serotonin dan dopamine. Ambil dlm 200- 400 mg setiap hari.

Makanan paling baik yang mengundungi sumber meningkat serotonin ialah beras perang, keju buatan kampong, daging, kacang pis, biji sesame. Sumber tyrosine dalam almod, avocado, pisang, susu tidak diproses, biji labu dan biji sesame.

Meditasi juga boleh meningkatkan kadar serotonin dan juga eksersise, hubungan sex dan urut.

Hormon Pertumbuhan (Growth hormon)

Hormon pertumbuhan ini memberi kesan kepada setiap sel dalam badan kita. Tidak hairanlah ia mempunyai kesan keapda perasaan, pergerakan dan rupa paras kita. Hormon peremajaan ini dikeluarkan waktu malam diwaktu tidur dan diwaktu kita beriadah. Ianya diperlukan untuk pembaikan tisu, bena otot, meningkat kekuatan tulang dan mengekal komposisi badan yang sihat. Kerendahan hormone ini boleh juga menyumbang kepada obesity diperut bagi perempuan selepas menopause.

Hormon ini menurun dengan meningkatnya usia, namun tidur yang tidak berkualiti dan melatonin yang rendah boleh menyebabkan penghasilan hormon ini menurun. Tanpa melotonin yang mencukupi kita hilang kuasa peremajaan dan pembakaran lemak juga menjadi kurang. Pentingnya melatonin kerana ia punya antioxidant yang kuat untuk mengekal keremajaan, meningkat kualiti tidur, meningkat libido dan meningkat tenaga dan pertahan kan badan dari penyakit.

Satu lagi komponen tiga serangkai dalam ant-ageing ialah DHEA ianya mempunyai unsure untuk menghasilkan hormone sex estrogen dan testosterone. Ianya hormone yang paling tinngi kuantiti dalam badan kita. Ia menguatkan sistem mengelak penyakit, membantu membaiki tisu, meningkat kualiti tidur, dapat mematahkan kesan buruk lebihan cortisol. Ia membantu badan kita melupuskan lemak dan meningkatkan otot. Dengan gabungan pembaikian hasil daripada tiga hormone ini akan membolehkan anda merasa lebih muda dan kelihatan lebih muda,dengan pinggang yang langsing

Penyelesaian Imbangan hormone.

7-keto DHEA: berdasarkan kajian, 7-keto meningkat metabolism, mengurangkan lemak, melindungi kita daripada kesan merbahaya daripada cortisol berlebihan dan mengelak daripada penurunan metabolisma seprti wakktu kita menjalani diet. Ambil dalam 25-100 mg dua kali sehari

Melatonin: Ambil 0.5 mg dengan meletak dibawah lidah setiap hari membantu tidur yang baik. Untuk meningkat melation asli dalam badan tidur dalam gelap sepenuhnya berpakaian nipis.

Walnuts: Didapati salah satu sumber asli melatonin

Jus tat cherry: Minuman tart cherry jus ini juga membantu dalam meningkat melatonin.

Save