Gandum Dan Masalahnya Kepada Kesihatan Manusia

 

Makanan berasaskan bijirin dan gandum boleh dijumpai dimana-mana. Tidak dinafikan lagi, kita sememangnya tidak boleh berhenti daripada memakan pasta, roti dan bijirin sarapan. Bagi kebanyakan orang, idea untuk menghapuskan pemakanan harian ini daripada diet adalah dianggap tidak munasabah.

Tetapi kian hari, semakin ramai orang telah beralih kepada pengambilan makanan bebas-gandum: dan atas dasar yang sihat buat kesihatan tubuh badan. Sebagaimana yang dibuktikan oleh sains, pengambilan gandum meningkatkan potensi buat beberapa jenis masalah kesihatan kronik. Berikut saya jelaskan sebab-sebab mengapa ia adalah satu keputusan terbaik untuk berhenti mengambil makanan bergandum.

Sejak lama dahulu gandum memainkan peranan penting dalam struktur diet harian kita. Ia membekalkan kira-kira 20% daripada jumlah kalori makanan di serata dunia, dan merupakan makanan ruji di kebanyakan negara – termasuklah Malaysia.

Jadi, apa yang sebenarnya sedang berlaku? Dan mengapa semakin ramai orang mula menuding jari kepada gandum? Jawapannya, gandum mempunyai kaitan dengan pelbagai keburukan yang terkandung dalam makanan yang berasaskan bijirin. Gandum meningkatkan paras gula dalam darah, menyebabkan berlakunya masalah imunoreaktif, menghalang penyerapan mineral-mineral penting dan menjejaskan kesihatan usus kita. Paling menghairankan, kebanyakan kes-kes ini berlaku disebabkan oleh cara pengeluaran gandum pada hari ini adalah tidak sama seperti yang dahulu.

 

Gandum yang dihibrid

Sesungguhnya, kualiti gandum pada hari ini adalah jauh berbeza daripada 50 tahun yang lalu.

Pada tahun 1950-an, saintis mula mengacukkan gandum untuk menjadikannya lebih kukuh, lebih pendek dan tumbuh dengan lebih baik. Segala ciptaan ini, telah menjadi tapak asas bagi revolusi hijau.

Gandum yang dihibrid pada hari ini mengandungi natrium azida, sejenis toksin yang sangat dikenali. Ia juga akan melalui di bawah penyinaran gamma semasa proses pembuatan. Ia  turut mengandungi protein novel yang biasanya tidak dijumpai sama ada bersama dalam biji mahupun pokok gandum – ada juga sesetengah daripadanya adalah sukar buat badan kita mencerna dengan betul. Oleh itu, beberapa saintis kini mengesyaki bahawa gluten dan sebatian lain yang terkandung dalam gandum moden adalah dalang disebalik peningkatan masalah kesihatan.

 

Gluten dan gliadin

Tidak syak lagi, kebimbangan soal kehadiran gluten adalah semakin meningkat – dan ia sudah mula untuk memberikan kesan serius pada tahap kesihatan kita. Gluten adalah gabungan protein gliadin dan glutenin yang muncul dalam gandum serta bijirin-bijirin lain seperti rai dan barli. Ia juga turut memberikan rasa lazat, tekstur kenyal dalam makanan tertentu. Gluten juga membantu dalam peningkatan doh dan mengekalkan bentuknya.

 

Makanan berasaskan gandum

Makanan berasaskan gandum

 

Masalahnya adalah bagaimana ia dimetabolismakan. Menurut Alessio Fasano, seorang pengarah perubatan dari Universiti Maryland berkata bahawa tiada sorang pun yang boleh mencerna gluten dengan betul. “Kita tidak mempunyai enzim untuk benar-benar memecahkannya.” Katanya lagi, “Semuanya bergantung kepada bagaimana dinding-dinding usus kita selepas kita mengambilnya dan bagaimana sistem imun bertindak balas terhadapnya.” Kebimbangan beliau adalah mengenai protein gluten dan gandum yang mencetuskan tindak balas yang tidak normal.

Secara khususnya, gliadin dan gluten bertindak sebagai anti-nutrien imunogenik. Tidak sama seperti buah-buahan (yang bertujuan untuk dimakan), bijirin mempunyai cara tersendiri untuk melawan tindak balas badan. Ia mencipta sejenis tindak balas imunogenik yang meningkatkan kebolehtelapan usus, sekali gus mencetuskan keradangan sistemik oleh sistem imun – apa yang boleh membawa kepada sebarang bilangan penyakit autoimun, termasuklah seliak artritis reumatoid, gangguan pada sistem usus dan sebagainya.

Gliadin, juga turut terlibat dalam kebolehtelapan usus. Gliadin adalah protein aneh dimana enzim kita tidak boleh memecahkannya daripada asid amino (glutamin dan prolin) ke dalam unsur-unsur yang cukup kecil untuk dihadam.

Enzim kita hanya mampu memecahkan gliadin kepada peptida. Peptida adalah terlalu besar untuk diserap dengan baik melalui usus kecil. Dinding-dinding usus kita, perlu mengasingkan untuk membolehkan peptida yang lebih besar untuk lalu. Sistem imun pula melihat peptida sebagai musuh dan mula menyerang.

Mulalah hentikan sedikit demi sedikit pemakanan gandum. Anda akan melihat sendiri kesannya terhadap tubuh badan anda!