Amalan pemakanan terbaik untuk teknik diet yang baik

MASIH TERTANYA2 APAKAH PEMAKANAN TERBAIK? MENGAPAKAH TIDAK MAKAN BUKAN TEKNIK DIET YANG BAIK? . Diet yang terbaik bagi mendapatkan bentuk tubuh dan berat ideal bukan bererti perlu berpuasa dan tidak makan. Ramai orang menyangka apabila berhenti makan dia akan mencapai impiannya namun menjadi kecewa apabila gagal.

Gandum Dan Masalahnya Kepada Kesihatan Manusia

 

Makanan berasaskan bijirin dan gandum boleh dijumpai dimana-mana. Tidak dinafikan lagi, kita sememangnya tidak boleh berhenti daripada memakan pasta, roti dan bijirin sarapan. Bagi kebanyakan orang, idea untuk menghapuskan pemakanan harian ini daripada diet adalah dianggap tidak munasabah.

Tetapi kian hari, semakin ramai orang telah beralih kepada pengambilan makanan bebas-gandum: dan atas dasar yang sihat buat kesihatan tubuh badan. Sebagaimana yang dibuktikan oleh sains, pengambilan gandum meningkatkan potensi buat beberapa jenis masalah kesihatan kronik. Berikut saya jelaskan sebab-sebab mengapa ia adalah satu keputusan terbaik untuk berhenti mengambil makanan bergandum. Read more

Pengenalan Kepada Pemakanan Ketogenik Marissa

Diet Ketogenik Marissa merupakan diet atau sistem pemakanan rendah karbohidrat di mana ia membuatkan tubuh (hati) mengeluarkan ketone untuk digunakan sebagai tenaga. Ia bertentangan dengan pemakanan kaya karbohidrat di mana tubuh mengeluarkan lebih glukosa dan insulin yan

g menyebabkan berat badan sekata atau lebih buruk lagi – bertambah. Read more

5 Prinsip Utama Marissa Slimway

5 prinsip Marissa Slimway yang saya rumuskan ini akan menjadi solusi paling berkesan terhadap masalah perut buncit – lebih dikenali sebagai lemak viseral (visceral). Sebaik sahaja tahap lemak viseral anda mula menurun (dan pada kebiasaannya akan berlaku dalam masa beberapa hari), lemak-lemak yang tersumbat pada hati anda juga akan mula hilang sedikit demi sedikit. Pesakit kencing manis dan pra-diabetes dapat melihat yang tahap gula darah mereka akan mula jatuh kembali ke paras normal dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Read more

Cara-cara Pengambilan Produk Marissa Slimway

PRODUK MARISSA SLIMWAY

Apabila anda mendaftar untuk program Slimway, anda akan dibekalkan dengan produk-produk berikut:

Produk-produk tersebut merupakan suplimen penting yang akan membantu membuka pintu sel lemak dalam tubuh. Apabila pintu sel lemak terbuka, maka barulah diet, senaman dan lain-lain aktiviti penurunan berat yang dicadangkan akan memberikan kesan impak yang maksima. Read more

Resepi: Kacang Panjang Goreng Telur

Jom cuba resepi-resepi yang disediakan. Cepat, mudah dan sedap 😉 Read more

Resepi: Tortilla Wrap Chicken Mayonnaise

Resepi kali ini ialah Tortilla wrap chicken mayonnaise. Mudah saja penyediaannya. Berkhasiat dan sedap. Read more

Resepi: Sup Ayam Ala Marissa

Yummy….

Saya peminat tegar sup ayam 😉

Sedap waktu makan dengan nasi, hirup begitu mahupun cicah dengan roti 😉

Jom, Marissa kongsi resepi 🙂
Bahan-bahan:

500 gm ayam di potong kecil-kecil

1/2 batang lobak merah di potong 1 inc

2 biji kentang di potong baji

1 biji tomato belah 4

Daun sup dan daun bawang di mayang halus

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

2 biji pelaga
resepi-16
Bahan kisar:

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

3 biji buah keras

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu besar lada hitam

CARA CARA

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap.

Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih.

Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk.

Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang.

Save

Resepi: Taugeh Goreng

Bahan-bahannya:

50 sen taugeh

50 sen daun kucai

2 biji cili masak*

2 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*(* di hiris halus)

1/2 paket kecil fistball -di belah 4

Sedikit sos tiram

Sedikit kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen)

Garam & sedikit pati ayam

Minyak untuk menumis
resepi-15
Cara-caranya:

Cuci taugeh buangkan salutan hitamnya & toskan.

Daun kucai di potong lebih kurang 1″ panjang.

Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan bawang merah & bawang putih, gorengkan sebentar sehingga layu dan naik bau.

Masukkan fistball gorengkan sebentar kemudian masukkan sos tiram , garam & pati ayam, kacau sebatikan.

Masukkan pula taugeh, daun kucai & cili merah, kacaukan supaya bahan-bahan tadi sebati .Gorengkan sebentar je supaya taugeh crispy & tidak terlalu layu.

Akhir sekali masukkan kicap, gaulkan sayuran supaya sebati & rasakan le sayuran sesuaikan dengan citarasa kita.

Siap untuk di hidangkan.

 

Nota: Amat menyelerakan jika dihidangkan dengan ikan masin panas-panas 😉

Save

Resepi: Ayam Masak Rampai

resepi-14
Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (buangkan kulit dan potong kecil)

5 biji kentang (potong kecil dan gorengkan)

1 batang carrot (potong kecil)

20 tangkai kacang sepat/buncis

1 bij capsicum merah

2 biji tomato (belah 6)

1 labu bawang besar (potong bulat)

3 biji cili merah (hiriskan kasar)

10 biji cili api (hiriskan kasar)

Garam

Kunyit serbuk

Minyak

Bahan Tumis :–

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

3 cm halia

Cara Memasak:

1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak (gunakan minyak bekas goreng kentang). Jangan    goreng terlalu garing.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masukkan    ayam semula. Gaulkan rata.
3. Masukkan sayuran kacang, carrot, cili dan semua bahan lain. Gaulkan rata.
4. Jangan lupa masukkan kentang yang telah digoreng dan kacau rata. Perasakan dengan garam. Angkat dan    hidangkan.

Save

Save