Amalan pemakanan terbaik untuk teknik diet yang baik

MASIH TERTANYA2 APAKAH PEMAKANAN TERBAIK? MENGAPAKAH TIDAK MAKAN BUKAN TEKNIK DIET YANG BAIK? . Diet yang terbaik bagi mendapatkan bentuk tubuh dan berat ideal bukan bererti perlu berpuasa dan tidak makan. Ramai orang menyangka apabila berhenti makan dia akan mencapai impiannya namun menjadi kecewa apabila gagal.

Terapi Enzim untuk Kurus

Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan

dan tidak terkawal. Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius

Read more

Gangguan Hormon dan Masalah Kegemukan (Hashimoto)

Apa itu Hormon Tiriod Penyakit dan Hashimoto?

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

Read more

Katakan Tidak Pada Obesiti

MASALAH kesihatan di negara ini sedang berada pada tahap yang membimbangkan terutamanya masalah obesiti. Statistik menunjukkan  bahawa separuh rakyat di Malaysia mengalami berlebihan berat badan atau obesiti. Ia juga membuktikan bahawa rakyat di Malaysia antara yang paling ramai menghidapi masalah kegemukan di rantau Asia.

Read more

7 Cara Mengurangi Tekanan Hari Ini

Tekanan atau stress merupakan penyebab utama insomnia dan masalah kenaikan berat badan juga. Apabila anda berasa terlalu tertekan, anda akan menjadi lebih cenderung untuk mengidamkan makanan-makanan berkarbohidrat dan makanan yang mampu membuatkan anda rasa lebih gembira – dan apa yang dimaksudkan ialah: kek dan makanan yang manis serta berlemak!

Stress dan masalah kencing manis adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kadar hormon stress yang tinggi, (kortisol) – akan membuatkan otot-otot dan tisu-tisu anda yang lain akan menjadi tidak sensitif terhadap insulin. Stress menybabkan insulin gagal memasukkan gula ke dalam sel-sel badan. Hormon stress juga akan merangsang hati anda untuk mebebaskan lebih banyak gula ke dalam saluran darah. Read more

Keajaiban Berfikir Positif

Berfikir positif merupakan sikap mental yang melibatkan proses memasukkan pemikiran, kata-kata, dan gambaran-gambaran (visualisasi) yang konstruktif (membangun) bagi perkembangan fikiran anda. Fikiran positif membawa kebahagiaan, sukacita, kesihatan, serta kejayaan dalam setiap situasi dan tindakan anda. Apapun yang minda anda harapkan, fikiran positif akan mewujudkannya. Jadi berfikir positif juga merupakan sikap mental yang membuahkan hasil yang baik serta menguntungkan. Read more

Gandum Dan Masalahnya Kepada Kesihatan Manusia

 

Makanan berasaskan bijirin dan gandum boleh dijumpai dimana-mana. Tidak dinafikan lagi, kita sememangnya tidak boleh berhenti daripada memakan pasta, roti dan bijirin sarapan. Bagi kebanyakan orang, idea untuk menghapuskan pemakanan harian ini daripada diet adalah dianggap tidak munasabah.

Tetapi kian hari, semakin ramai orang telah beralih kepada pengambilan makanan bebas-gandum: dan atas dasar yang sihat buat kesihatan tubuh badan. Sebagaimana yang dibuktikan oleh sains, pengambilan gandum meningkatkan potensi buat beberapa jenis masalah kesihatan kronik. Berikut saya jelaskan sebab-sebab mengapa ia adalah satu keputusan terbaik untuk berhenti mengambil makanan bergandum. Read more

Kitaran Obesiti

KESILAPAN memilih makanan menjadikan ramai kalangan rakyat Malaysia gemuk malah menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di negara ini. Obes akan menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh. Seseorang yang obes tidak mungkin dapat kurus semula melainkan dia berbuat sesuatu bagi membaiki masalah ini. Read more

Langsing Apabila Metabolik Lancar

Saya bertemu Nina tiga bulan lalu. Pada masa itu berat badan beliau adalah 82 kilogram. Sebagaimana orang-orang gemuk yang lain, Nina berwajah sembab dan berpipi montok. Bila tersenyum matanya seolah-olah tertutup oleh pipi yang terlalu montok itu. Nina juga mempunyai garis hitam di bawah mata. Kulit Nina juga meskipun tiada jerawat dipenuhi pigmentasi yang tebal di sana sini. Read more

Pertanyaan Mengenai Hormon

Q1) Lazimnya kita hanya bincangkan kehadiran hormon wanita, estrogen, testosterone dan  progesterone. Apakah ejen hormon lain yang tidak diketahui wanita?
Q2) Bolehkah doktor terangkan tujuan setiap hormon terhadap tubuh wanita? Pengaruh  keseimbangan dan sebagainya. Read more