Utusan Malaysia Kesihatan : Tua Tetapi Cantik

ARKIB 09/01/2011

MINGGU lepas saya berpeluang bertemu sekumpulan wanita di suatu majlis anjuran sebuah kelab. Saya diminta memberi nasihat kecantikan dan kesihatan kepada kaum wanita berusia selepas 40-an. Saya berasa bertuah dapat bertemu wanita yang rata-ratanya berusia antara 40 dan 60 tahun. Mereka tetap aktif, cantik dan anggun. Inilah generasi yang menjadi kebanggaan Malaysia. Di usia lewat 30-an malah melepasi 40-an, wanita masa kini mencapai kestabilan dalam kerjaya dan ekonomi. Mereka juga tidak mahu melepaskan peluang menimba ilmu bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Saya kagum melihat wanita yang bukan saja jelita malah bijaksana.Kumpulan wanita yang saya temui meminta petua dan cadangan bagaimana mahu meningkatkan penampilan masing-masing. Di abad ini kemajuan perubatanestheticdan anti penuaan mula mendapat tempat di hati mereka. Ramai yang mula menyedari bahawa kekal sihat dan cantik di usia melepasi 40-an dapat dicapai dengan kaedah saintifik dan bukannya sesuatu yang mustahil. Apabila darah kekal muda sudah pasti kita juga akan tampak muda dan tidak akan terkena penyakit penuaan seperti lupa, nyanyuk dan tulang rapuh. Read more

Utusan Malaysia Kesihatan: Awet Muda Selepas 40-an

ARKIB 02/01/2011

Saya sama sekali tidak menyangka wanita di hadapan saya pada suatu waktu dahulu merupakan seorang ratu cantik peringkat daerah. Wajahnya yang tampak lesu dan layu sama sekali tidak menyerlah di mata saya. Bila tersenyum kelihatan barisan giginya yang tampak longgar dan kehitaman. Matanya berkedut dan kesan ‘eyebag’ jelas kelihatan. Kulitnya juga kusam dan bertompok hitam. Pada usia awal 50-an dia kelihatan begitu tua melebihi usianya. Kecantikan miliknya sama sekali telah hilang. Apabila saya menatap foto lamanya memang dia kelihatan seperti orang lain dan bukannya Zainab yang dahulu merupakan wanita jelita lagi ayu. Namun Zainab yang berada di hadapan saya ialah seorang wanita biasa yang tidak menarik pandangan mata. Dia begitu jauh sekali ditelan usia. Meskipun ramai di antara kita mampu kekal manis dan awet muda di usia 40-an tetapi ramai juga yang layu di mamah usia. Read more

Utusan Malaysia Kesihatan : Vagina Kembali Anjal, Muda

ARKIB : 23/05/2010

Oleh NORAINI ABD. RAZAK

PILIHAN isu Kesihatan minggu ini sememangnya mengundang perbahasan dan tarikan di kalangan rakan-rakan. Ia seolah-olah satu benda baru yang tidak pernah diperkatakan sebelum ini. Sedangkan hakikatnya sejak zaman nenek moyang kita lagi, perihal penjagaan vagina amat dititik beratkan lantaran hubungkaitnya dengan keharmonian rumahtangga. Read more

Utusan Malaysia Kesihatan : Mencantikkan Hidung

ARKIB 21/03/2010

Doktor dari dulu lagi saya mengimpikan hidung yang mancung. Saya dengar ada teknologi baru yang boleh digunakan, betul ke doktor,” tanya sahabat saya Puan M ketika kami menikmati makan tengahari bersama.Saya mengiyakan pertanyaan Puan M sambil mengetengahkan beberapa pilihan untuk seseorang ‘memperbaiki’ penampilan hidung. Lantaran saya mengakui bahawa hidung yang mancung memang tampak menarik dan boleh membuat wajah seseorang kelihatan berseri-seri. Read more

Utusan Malaysia Kesihatan: Rawatan Untuk Kulit Mulus

ARKIB 14/03/2010

Saya sering diajukan soalan tentang cara mendapatkan kulit yang cantik. Saya mentakrifkan kulit yang cantik adalah kulit yang mulus dan bersih. Bagi mendapatkan kulit yang cantik seseorang perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Jauhilah tabiat merokok dan minuman keras. Amalkan senaman dan pengambilan vitamin. Paling penting rajin-
rajinlah merawat kulit anda. Read more

Utusan Malaysia Kesihatan: Montokkan Payudara

ARKIB 07/03/2010

Tepat pukul 10 pagi, loceng di pintu klinik saya berdering. Pembantu klinik bergegas membuka pintu. Kedengaran suara suara kecil sapa menyapa di luar. Sebentar kemudian tetamu tersebut di jemput masuk. Saya terus keluar menemui tetamu tersebut. Janji temu telah pun di buat seminggu yang lalu dan kini beliau tiba bagi memenuhinya. Read more