Bentuk Tubuh Pir (Pear)

Apa yang perlu di lakukan jika memiliki bentuk tubuh pir

Keseimbangan estrogen adalah penting bagi mencapai dan mengekalkan kadar penurunan berat badan mereka yang berbentuk Pir. Bagi golongan ini lemak berkumpul banyak pada bahagian pinggul, pinggang dan perut.

Masalah ini berkait rapat dengan isu pramenopause. Bagi pramenopaus buat lelaki dan wanita, keadaan yang dipanggil “dominasi estrogen” menyebabkan peningkatan lemak toksik, pengekalan air, kembung perut dan pelbagai isu-isu kesihatan lain.  Estrogen yang berlebihan adalah salah satu faktor untuk berlakunya obesiti.

Walaupun estrogen biasanya dianggap sebagai hormon wanita, sebahagian kecil daripadanya adalah sama penting buat lelaki juga. Walaubagaimanapun, lemak badan berlebihan pada lelaki mendorong kenaikan estrogen ke satu tahap tidak sihat kerana sel-sel lemak bertanggungjawab dalam proses menukar testosteron kepada estrogen.

Lebih banyak sel-sel lemak, lebih banyak estrogen. Dengan kata lain  kehadiran lemak yang banyak menyebabkan lelaki lebih bersifat kewanitaan dan ini merupakan satu keadaan yang tidak sihat.

Bagi wanita, dengan wujudnya faktor tekanan dan usia, terdapat penurunan semula jadi dalam kadar testosteron dan progesteron yang hasilnya akan meningkatkan kadar estrogen.

Mengapa Estrogen Meningkat?

Terdapat hanya dua cara untuk mengumpul estrogen yang berlebihan dalam badan: kita sama ada menghasilkan terlalu banyak estrogen dengan sendiri ataupun memperolehnya dari persekitaran atau diet kita. Malangnya, mengumpulkan estrogen bukanlah satu perkara yang sukar. Kita sentiasa terdedah kepada sebatian seakan-akan estrogen dalam makanan yang mengandungi racun perosak toksik, racun herba dan hormon tumbuhan.

Kebanyakan toksin diketahui akan menyebabkan pertambahan berat badan, yang berfungsi untuk merangsang pengeluaran estrogen dengan lebih kerap dari sel-sel lemak kita sendiri.

Kita hidup dalam lautan luas yang mengandungi estrogen berbahaya, dan para penyelidik baru mula untuk mengenal pasti tahap pendedahan ini ke atas kesihatan manusia dan spesis lain.

Seseorang yang mempunyai badan pir sering mengalami masalah estrogen berlebihan. Bagi lelaki dan wanita pramenopaus, terlalu banyak estrogen akan menyebabkan kenaikan lemak toksik, pengekalan air, kembung perut dan pelbagai isu-isu kesihatan lain, manakala wanita pramenopaus terutamanya mempunyai kecenderungan untuk memiliki bentuk badan pir kerana lemak berlebihan akan fokus di bahagian pinggang, punggung dan juga perut.

‘The top 5’ – Lima makanan yang perlu dielak jika anda memiliki bentuk badan pir:

  1. Tauhu/soya – produk soya bebas alkohol akan meningkatkan pengeluaran estrogen dalam badan.
  2. Kopi yang berlebihan – terlalu banyak meminum kopi boleh meningkatkan tahap estrogen bagi sesetengah orang.
  3. Pasta/karbohidrat putih – Kadar karbohidrat glisemik yang tinggi akan menyumbang kepada pengekalan air dan lemak badan rendah.
  4. Lemak yang berbahaya: ini termasuklah sebarang minyak hidrogenasi, marjerin dan termasuklah kebanyakan minyak sayur-sayuran (bunga matahari), minyak biji kapas dan minyak sawit. Pengambilan lemak yang tinggi dikenalpasti untuk meningkatkan tahap estrogen dalam badan.

Makanan yang perlu diambil jika anda memiliki bentuk badan pir:

  1. Flaxseeds – sejenis makanan lemah fitoestrogenik dan membantu menghapuskan estrogen berlebihan yang berbahaya.
  2. Sayur-sayuran cruciferous – seperti brokoli kerana ia mengandungi kandungan fitonutrien yang tinggi dipanggil isothiocyanates, terutamanya dua isothiocyanates dipanggil sulforaphane dan indol-3-karbinol yang membantu untuk menurunkan estrogen.
  3. Produk tenusu/daging organik – untuk mengurangkan pendedahan hormon.
  4. Rapini, articok: kaya dengan serat yang membantu dalam penghapusan estrogen berlebihan yang berbahaya.
  5. Pucuk brokoli – anak pokok belum matang pada bahagian brokoli, mengandungi lebih banyak sulforaphane berbanding sayur-sayuran lain. Nutrien ini merupakan sejenis nutrien anti-kanser dan dapat mengurangkan estrogen berbahaya. Kajian telah mendapati bahawa ia mengandungi 10 hingga 100 k ali lebih kompaun berbanding brokoli.
  6. Taugeh – mengandungi kandungan glukarik asid yang tinggi (350mg/100g) yang menjejaskan penyerapan semula estrogen dari saluran gastrousus. Hasilnya, lebih banyak estrogen akan dapat dihapuskan. Ia juga kaya dengan serat (8g setiap hidangan 100g) dan sumber protein yang baik.

Pemakanan Cadangan

Senaman Cadangan

Bantuan?

Coach Slimway bersedia membantu anda mencapai berat badan ideal mengikut bentuk tubuh anda.

Klik butang di bawah untuk whatsapp coach anda hari ini.