5 Senaman Mudah Yang Dicadangkan Untuk Tubuh Badan Bentuk Pisang

5 cara mudah senaman ringkas untuk anda lakukan bagi mengempiskan perut dan mendapatkan bentuk perut yang cantik dan menawan. Kita harus rajin bersenam untuk dapatkan bentuk badan yang diimpikan. Penjagaan makan juga penting. Jaga diet permakanan anda. Selamat mencuba.

1) LIFT AND TWIST CRUNCH

 

Step senaman ini mampu mengecilkan pinggang dan mengempiskan perut.

  • Baringkan badan kemudian letakkan kedua-dua tangan dibelakang leher. Angkat kepala dan pusingkan (Lift and Twist) badan anda ke kanan, dalam masa yang sama angkat lutut kanan anda.
  • Tarik nafas dan baring semula.
  • Ulangi cara yang sama, tapi kali ini lift and twist badan ke kiri pula, dalam masa yang sama angkat lutut kiri anda.
  • Tarik nafass dan baring semula
  • Ulangi cara ini berkali-kali sekurang-kurangnya 30 saat.

2) THE HUNDRED EXERCISE

 

Jangan takut dengar nama step ini. Ia bukan bermakna anda perlu buat sebanyak 100kali. Senaman ini beri tekanan yang sesuai untuk perut kita semasa kita melakukannya. Sedikit pressure di perut mampu jadikan membentuk perut ke bentuk yang kita mahukan.

  • Mulakan dengan baringkan badan, kedua-dua kaki dirapatkan dan kedua-dua tangan di sisi badan.
  • Angkat kedua-dua kaki sehingga 45degree dan luruskan tangan.
  • Angkat kepala dan bahu perlahan-lahan sambil tegangkan otot perut.
  • Sekarang, gerakkan tangan anda atas dan bawah berulang kali sambil tarik nafas seperti biasa.

3) SITTING SPINAL TWIST

Senaman ini mudah dilakukan. Boleh dilakukan ketika duduk.

  • Bersila pada lantai sambil badan dalam keadaan tegak.
  • Letakkan satu tangan di lutut dan satu lagi tangan pada pinggang.
  • Pusingkan badan sehingga anda dapat melihat bahu anda sepenuhnya.
  • Tarik nafas dan lepas nafas seperti biasa kemudian kembali ke posisi asal.
  • Tukar kedudukan tangan dan pusingkan badan ke arah bertentangan.
  • Ulang step ini beberapa kali.

4) “RISING V”

Posisi ini seperti senaman sit-ups. Tapi step senaman ini lebih mudah dilakukan. Malah Rising V, mampu kecilkan pinggang dan rampingkan perut dengan cara yang seronok dan tidak menyakitkan. Lakukan perlahan-lahan dengan kelajuan yang kita mampu secara konsisten.

  • Baringkan badan dengan kaki dilunjurkan lurus dan tangan dilunjurkan lurus ke atas kepala.
  • Mulakan dengan naikkan badan sambil tangan ikut ke depan
  • Apabila badan sudah tidak lagi berada di lantai, naikkan kaki keatas. (Ia dilakukan pada waktu yang sama semasa badan dan tangan naik ke atas)
  • Tangan harus bersentuhan dengan jari kaki
  • Selepas itu, turunkan semula badan, tangan dan kaki ke keadaan asal ketika baring tadi.
  • Ulangi step ini beberapa kali. Sebaiknya lakukan 10reps untuk 1 set. Lakukan sebanyak 3 set.

5) THE PLANK

Cara ini sangat efektif untuk senaman perut. Senaman ini juga agak popular untuk anda yang selalu bersenam untuk dapatkan bentuk badan yang cantik.

  • Mulakan dengan kedua tangan dan kaki pada lantai seperti dalam gambar.
  • Pastikan badan anda tegak dan rata.
  • Angkat satu kaki supaya tidak mencecah lantai.
  • Turunkan semula dan angkat kaki yang satu lagi pula supaya tidak mencecah lantai.
  • Semasa lakukan senaman ini, tangan haruslah tegak kerana tangan anda akan menampung berat badan ketika ini.
  • Ulangi step pada kaki tadi beberapa kali selama 30 saat.
  • Pastikan nafas ditarik dan lepas dengan tenang dan perlahan-lahan.