5 Prinsip Utama Marissa Slimway

5 prinsip Marissa Slimway yang saya rumuskan ini akan menjadi solusi paling berkesan terhadap masalah perut buncit – lebih dikenali sebagai lemak viseral (visceral). Sebaik sahaja tahap lemak viseral anda mula menurun (dan pada kebiasaannya akan berlaku dalam masa beberapa hari), lemak-lemak yang tersumbat pada hati anda juga akan mula hilang sedikit demi sedikit. Pesakit kencing manis dan pra-diabetes dapat melihat yang tahap gula darah mereka akan mula jatuh kembali ke paras normal dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Secara tidak langsung, diet ini akan menetapkan anda pada landasan yang betul untuk menjalani kehidupan yang jauh lebih sihat. Namun, diet ini bukanlah satu program penurunan berat badan yang dilakukan untuk sekali sahaja dan terus dilupakan dalam masa beberapa minggu selepas melihat berlakunya perubahan. Tetapi ia adalah sebahagian daripada program gaya hidup yang dicipta atas 5 prinsip utama yang bertujuan untuk menyokong anda, bukan sahaja semasa anda mengamalkan diet ini, malah apa yang pentingnya ialah kami di Marissa Slimway  terus menyokong anda selepas anda mencapai matlamat dan mula melangkah ke peringkat yang seterusnya dalam hidup anda.

Oleh itu, demi mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang, ia merupakan satu perkara yang sangat penting untuk benar-benar memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

1: Mengamalkan Diet Ketogenik Marissa

Penting! Anda mestilah berubah ke arah mengamalkan Diet Ketogenic Marissa ini jika anda benar-benar serius untuk menurunkan berat badan dan menghindarkan penyakit berbahaya.

Saya akan memperkenalkan pelan pemakanan Marissa Slimway. Ini adalah satu cara pemakanan yang lazat dan sihat. Ia mengandungi karbohidrat yang mudah dihadam, malahan kaya dengan vitamin yang melawan penyakit dan flavonoid. Ia penuh dengan buah-buahan, kacang, minyak zaitun dan sayur-sayuran, namun pada masa yang sama mengandungi banyak jenis-jenis makanan yang anda anggap tidak baik sebelum ini.

Di Marissa Slimway, kami membenarkan pengambilan nasi, santan kelapa, telur, ayam dan kulit ayam, daging berlemak yang kita telah ketahui untuk tidak mengambilnya – atas faktor makanan-makanan ini dikatakan akan memberi kesan yang tidak elok pada badan. Kami tidak membenarkan pengambilan gandum yang telah terbukti mengandungi banyak toksik.

 

2: Membaik Pulih Hormon Semulajadi

Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak cantik disebabkan oleh kehadiran cecair yang banyak di bawah kulit. Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan mereka hilang kecantikan yang dimiliki.

Wajah seseorang yang obese hampir sama bentuknya. Ini disebabkan faktor hormon yang mengumpulkan lelemak pada pipi dan leher. Hal ini membuatkan mereka kehilangan bentuk wajah asal dan kelihatan hampir serupa kesemuanya. Apabila mereka kurus semula barulah mereka mendapat kembali kecantikan wajah yang hilang akibat lemak berlebihan itu.

Rawatan meningkatkan metabolism memerlukan komitment yang tinggi. Di Marissa Slimway kunci utama kejayaan kami di dalam menurunkan berat badan pelanggan kami ialah kefahaman yang jelas mengenai proses metabolik. Masalah obesiti terjadi kerana proses penggunaan tenaga terganggu. Oleh itu, kami mencadangkan penambahan amino acid berkualiti tinggi bagi pemulihan semula hormon. Anda disyorkan menggunakan produk Marissa Young bagi tujuan ini.

20% daripada tubuh manusia terdiri daripada protein. Protein memainkan peranan penting dalam hampir semua proses biologi dan asid amino merupakan blok-blok yang membentuk protein. Sebahagian besar sel-sel kita, otot dan tisu terdiri daripada asid amino, ini bermakna mereka menjalankan banyak fungsi tubuh yang penting, seperti pemberian struktur sel. Mereka juga memainkan peranan penting dalam pengangkutan dan penyimpanan bahan nutrien.

Asid amino mempunyai pengaruh ke atas fungsi organ-organ, kelenjar, tendon dan arteri. Mereka adalah tambahan yang penting untuk penyembuhan luka dan baik pulih tisu, terutamanya di dalam otot, tulang, kulit dan rambut. Ia juga membantu menghapuskan semua jenis deposit sisa yang dihasilkan berkaitan dengan metabolisme. Jika tubuh kekurangan tenaga dan nutrien, badan dan mental tidak boleh menjalankan fungsi dengan baik.

young

 

3: Senaman Marissa Slimway

Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolisme. Kita perlu ingat bahawa senaman yang dilakukan adalah bertujuan meningkatan kadar pemanasan tubuh dan bukannya membentuk otot semata-mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut, peha dan belakang maka senaman yang baik ialah senaman yang menggunakan otot ini.

Saya mencadangkan senaman jenis Core Muscle Exercise yang mudah dan sangat berkesan. Core muscle atau otot utama merupakan otot yang kaya dengan bahan pembakar lemak. Pergerakan otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat rasai kesan yang pantas dan hebat.

Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas, memadai dilakukan di atas tilam atau lantai sahaja. Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang, memadai hanya dua puluh minit sahaja. Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa disedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukannya. Pada waktu ini otot-otot akan distimulasi dan akan mengeluarkan hormon dan enzim yang baik bagi menggunakan lemak secara efektif.

Marissa Slimway menggabungkan teknik senaman yang sesuai dengan bentuk tubuh seseorang. Kami akan mencadangan senaman yang khas mengikut bentuk tubuh agar hormon dan enzim kembali aktif.

senaman-slimway

 

4: Menyingkirkan Selulit

Untuk menyingkirkan selulit dengan pantas dan berkesan, kami memperkenalkan formulasi krim anti selulit Shape Up yang bertindak jauh ke dalam memberikan kesan pemecahan selulit.

shape-up

 

5: Suplemen Yang Membantu Membuka Pintu Sel Lemak

Suplemen Marissa dipilih dari jenis yang semulajadi dan berkesan kepada penurunan berat badan.

Mengapa  kita memerlukan suplemen  DMAG (Magnesium dan Vitamin D)

Kekurangan magnesium boleh menyebabkan simptom-simptom ketara seperti:

  • Tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
  • Kerosakan buah pinggang dan hati.
  • Kerosakan peoxynitrite yang boleh membawa kepada penyakit Alzheimer, sakit kepala (migrain), sclerosis atau glukoma.
  • Kekurangan nutrien termasuk Vitamin K, B1, kalsium dan kalium.
  • Simptom PMS akan bertambah buruk.
  • Gangguan dan perubahan emosi.
  • Insomnia dan masalah tidur.
  • Sukar turunkan berat badan
  • Kelemahan dan kekejangan otot.
  • Mati pucuk.

d-magnesium

 

Apakah itu Marissa Glutathione?

Glutathione (GSH) adalah protein semula jadi yang melindungi setiap sel, tisu dan organ daripada sebarang radikal bebas, toksin dan penyakit. Ia mengandungi tiga asid amino penting: asid glutamik, sistein dan glisin. Bersama-sama, ketiga-tiga ini dapat membantu untuk membaiki kerosakan sel: kerosakan yang disebabkan oleh radiasi, pencemaran, tekanan, jangkitan dan sebagainya.

Dalam badan, glutathione dihasilkan di dalam hati, ia memainkan peranan signifikan dalam proses metabolisme sel. Ia juga bertanggungjawab untuk memastikan imun berfungsi secara normal dan membantu untuk mendetoksifikasikan badan serta darah. Walaupun anda mungkin tidak pernah mengetahui tentang kewujudan glutathione, namun menurut lebih daripada 90,000 artikel saintifik, GSH adalah satu antioksidan terpenting untuk menjamin kesihatan tubuh badan anda. Malah, sesetengah pakar mempercayai ia sama penting seperti oksigen, makanan dan air – sekurang-kurangnya pada peringkat selular.

gluta

Bagaimana glutathione memberikan impak terhadap kesihatan badan anda?

Glutathione boleh memberikan manfaat besar kepada kesihatan kita. Ia boleh mengurangkan kesakitan otot dan sendi (terutamanya kepada pesakit artritis kronik), melambatkan proses penuaan dan menguatkan sistem imun anda. Ia juga membantu untuk melawan jangkitan, penyakit dan bakteria jahat.

Meningkatkan tenaga badan – Glutathione membantu sel-sel badan kekal dicas sepenuhnya supaya anda dapat menikmati tenaga dan ketahanan yang tinggi buat sepanjang hari.

Menyahtoksik hati dan sel-sel – GSH adalah sejenis antioksidan yang paling besar dalam badan. Ia membuang toksin dari setiap sel, organ dan sistemnya. Ia juga amat berkesan dalam usaha menghapuskan karsinogen, logam berat, racun perosak, radiasi dan banyak lagi. Ia turut berfungsi untuk meningkatkan kejelitaan dan tona kulit.

Meningkatkan kejelitaan dan tona kulit – GSH dipercayai untuk meningkatkan bukan sahaja kompleks kulit anda, tetapi kesihatan keseluruhan kulit anda juga. Ia juga turut meningkatkan pertumbuhan rambut dan memberikan kejelitaan pada setiap helaian. GSH telah terbukti untuk mengurangkan kecenderungan untuk terkena selaran matahari.

Glutathione juga boleh meningkatkan tahap kebolehan kognitif – Sekaligus tumpuan dapat difokuskan, membantu melenakan tidur malam dan melawan tekanan dan kebimbangan. Ia juga amat berkesan untuk menjauhkan kemunculan penyakit degeneratif dan melawan kedutan serta garis-garis halus di muka.

Selain itu, satu lagi cara yang baik GSH boleh memberikan impak dapat dilihat selepas melakukan senaman. Ia telah dikenali untuk benar-benar meningkatkan prestasi sukan dan menjadikan proses pemulihan menjadi lebih lancar. Dalam jangka masa panjang, ini bermakna lebih banyak otot tanpa lemak berlebihan dapat dihasilkan dan meningkatkan kadar metabolisme agar anda boleh membakar lebih banyak kalori – sekali gus menurunkan lebih banyak berat badan, walaupun ketika sedang berehat.

 

Mengapa Mesti Ambil Marissa Selenium?

Selenium merupakan komponen penting dalam peroxidase glutation, yang merupakan enzim penting bagi proses yang melindungi lipid (lemak) dalam membran sel. Selenium diperlukan untuk melawan kemerosotan oksidatif sel-sel dan melindungi daripada mutasi serta kerosakan DNA yang boleh menyebabkan kedatangan penyakit.

Membantu mempertahankan badan menentang kanser – Selenium adalah amat membantu jika anda memiliki sistem imun yang lemah atau mempunyai sejarah kanser dalam keluarga. Campur tangan menggunakan rawatan selenium pada dos tinggi telah membuktikan bahawa kebolehan selenium untuk menentang sel-sel kanser dalam badan adalah positif. Menurut kajian, selenium berkesan untuk mengurangkan risiko kejadian kanser yang menyebabkan kematian dan khususnya kanser hati, prostat, kolo-rektum dan paru-paru.

Selenium bertindak sebagai mekanik kecil dalam badan – Ia akan memasuki ke dalam nukleus sel di mana DNA dan genom disimpan serta akan mencari sebarang kerosakan (jika ada). Ia akan melekat sebagai perlindungan antioksidan seperti glutathione dan kemudian mengurangkan serta memperbaiki kerosakan yang berlaku kepada DNA – jika dibiarkan dan tidak dilindungi oleh selenium, ia boleh membawa kepada mutasi sel kanser dan pertumbuhan tumor.

Antioksidan – bertindak sebagai antioksidan dan perlindung terhadap tekanan oksidatif. Kebaikan selenium termasuklah keupayaan untuk melawan proses penuaan dan membantu sistem imun dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas. Selenium mempunyai kesan sinergi dengan antioksidan lain seperti Vitamin E: membolehkan tubuh untuk melawan tekanan oksidatif dan mempertahankan pertumbuhan kanser seperti kanser prostat dan kolon.

Meningkatkan imuniti – Menurut kajian, selenium diperlukan agar sistem imun dapat berfungsi dengan baik dan boleh hadir sebagai nutrien utama dalam mengimbangi pembangunan virus termasuklah HIV. Bagi pesakit yang sudah dijangkiti, selenium telah terbukti dalam melambatkan perkembangan AIDS.

Meningkatkan aliran darah dan mengurangkan kemungkinan untuk terkena serangan jantung – kepekatan selenium yang rendah dikaitkan dengan masalah peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Suplemen selenium atau peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi selenium mungkin dapat mencegah penyakit jantung koronari.

Mengawal fungsi tiroid – penyelidikan terkini menunjukkan, melalui kebanyakan kajian bahawa sama ada kaitan di antara metabolisme tiroid dengan faktor kekurangan selenium. Selenium bertindak sebagai pemangkin pengeluaran hormon tiroid aktif. Jika anda membayangkan bahawa badan anda adalah fasiliti pembinaan, tiroid anda mungkin berperanan sebagai bos utama yang bertanggungjawab untuk mengawal keseluruhan proses operasi sistem, jadi apabila tiroid tidak berfungsi dengan betul, maka kebarangkalian kemunculan penyakit serius akan meningkat.

selenium

 

Saya yakin apabila anda telah fahami 5 prinsip Marissa Slimway dan mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh, penurunan berat badan adalah sesuatu yang bukan lagi mustahil.