Carta: BMI Chart

Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan adalah petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggiannya. Read more

Carta: Glycemic Index Chart

Glycemic Index (GI) atau Index Glikemik adalah skala yang diberikan pada makanan tertentu berdasarkan seberapa cepat makanan tersebut meningkatkan kadar gula dalam darah, skala yang digunakan adalah 0-100. Read more

Resepi: Kacang Panjang Goreng Telur

Jom cuba resepi-resepi yang disediakan. Cepat, mudah dan sedap 😉 Read more

Resepi: Tortilla Wrap Chicken Mayonnaise

Resepi kali ini ialah Tortilla wrap chicken mayonnaise. Mudah saja penyediaannya. Berkhasiat dan sedap. Read more

Kitaran Obesiti

KESILAPAN memilih makanan menjadikan ramai kalangan rakyat Malaysia gemuk malah menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di negara ini. Obes akan menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh. Seseorang yang obes tidak mungkin dapat kurus semula melainkan dia berbuat sesuatu bagi membaiki masalah ini. Read more

Langsing Apabila Metabolik Lancar

Saya bertemu Nina tiga bulan lalu. Pada masa itu berat badan beliau adalah 82 kilogram. Sebagaimana orang-orang gemuk yang lain, Nina berwajah sembab dan berpipi montok. Bila tersenyum matanya seolah-olah tertutup oleh pipi yang terlalu montok itu. Nina juga mempunyai garis hitam di bawah mata. Kulit Nina juga meskipun tiada jerawat dipenuhi pigmentasi yang tebal di sana sini. Read more

Pertanyaan Mengenai Hormon

Q1) Lazimnya kita hanya bincangkan kehadiran hormon wanita, estrogen, testosterone dan  progesterone. Apakah ejen hormon lain yang tidak diketahui wanita?
Q2) Bolehkah doktor terangkan tujuan setiap hormon terhadap tubuh wanita? Pengaruh  keseimbangan dan sebagainya. Read more

Resepi: Sup Ayam Ala Marissa

Yummy….

Saya peminat tegar sup ayam 😉

Sedap waktu makan dengan nasi, hirup begitu mahupun cicah dengan roti 😉

Jom, Marissa kongsi resepi 🙂
Bahan-bahan:

500 gm ayam di potong kecil-kecil

1/2 batang lobak merah di potong 1 inc

2 biji kentang di potong baji

1 biji tomato belah 4

Daun sup dan daun bawang di mayang halus

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

2 biji pelaga
resepi-16
Bahan kisar:

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

3 biji buah keras

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu besar lada hitam

CARA CARA

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap.

Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih.

Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk.

Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang.

Save

Resepi: Taugeh Goreng

Bahan-bahannya:

50 sen taugeh

50 sen daun kucai

2 biji cili masak*

2 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*(* di hiris halus)

1/2 paket kecil fistball -di belah 4

Sedikit sos tiram

Sedikit kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen)

Garam & sedikit pati ayam

Minyak untuk menumis
resepi-15
Cara-caranya:

Cuci taugeh buangkan salutan hitamnya & toskan.

Daun kucai di potong lebih kurang 1″ panjang.

Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan bawang merah & bawang putih, gorengkan sebentar sehingga layu dan naik bau.

Masukkan fistball gorengkan sebentar kemudian masukkan sos tiram , garam & pati ayam, kacau sebatikan.

Masukkan pula taugeh, daun kucai & cili merah, kacaukan supaya bahan-bahan tadi sebati .Gorengkan sebentar je supaya taugeh crispy & tidak terlalu layu.

Akhir sekali masukkan kicap, gaulkan sayuran supaya sebati & rasakan le sayuran sesuaikan dengan citarasa kita.

Siap untuk di hidangkan.

 

Nota: Amat menyelerakan jika dihidangkan dengan ikan masin panas-panas 😉

Save

Susahnya Nak Kurus Semula

Maria berjumpa doktor kerana mengalami masalah obesiti. Dia mahu mengurangkan berat badan yang meningkat sehingga 90 kg. Doktor mencadangkan program pengawalan makanan dan juga ubat-ubatan bagi merangsang rasa kenyang dengan cepat. Menurut doktor ini merupakan langkah saintifik yang digunakan di seluruh dunia. Selepas dua minggu makan ubat dan mengawal pemakanan, Maria mula kehilangan berat badan. Dalam tempoh sebulan berat badannya mengurang sebanyak 10 kg dan semestinya dia gembira.Bagaimanapun pada bulan kedua, tiada sebarang pengurangan menyebabkan Maria mula risau. Sebulan selepas itu Maria berhenti makan ubat kerana jemu dengan keadaannya yang tidak berubah. Tambahan pula dia diberitahu ubat yang dimakan mempunyai kesan tidak baik kepada kesihatan. Beberapa bulan selepas itu, Maria mengalami kenaikan berat badan berganda. Tubuhnya berasa lemah dan mukanya kelihatan sembap. Dia kecewa dan hairan dengan keadaan tubuhnya yang tidak memberi sebarang reaksi terhadap rawatan dan ubat-ubatan. Dia melihat beberapa rakannya yang memakan ubat dan pengawalan makanan menjadi kurus dan cantik. Read more