Resepi: Potato Salad

Resepi diet lagi 😉

Kata nak sihat dan kuruskan.

Jom ikut resepi dibawah.
Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa
resepi-8
Cara-cara :

Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:

Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!

Resepi: Chicken Foldover Ala Marissa

Untuk anda yang suka makan ayam, kita pelbagaikan resepi.

Kali ini ala-ala McDonald tapi homemade punya 😉

resepi-17
Bahan-Bahan

Roti tortilla/yg sekutu dgnnya( capati pon boleh kot…)

Isi ayam

Kentang

Tepung Ayam Goreng

Telur

Daun Salad

Timun

Tomato

Sos Cili

Jalapeno Cheese ( Cheese powder yg kita makan dgn potato wedges tu)

Mayonis

Cara-Cara

1.Isi ayam ,kentang dicelup tepung dan digoreng.
2.Telur digoreng dan dikacau ,jadikan scramble egg.
3.Tomato dan timun dihiris nipis.
4.Panaskan tortilla 20-30 saat -dalam microwave (ikut instruction kat pack )
5.Susun semua bahan diatas tortilla ,picitkan sos cili ,mayonis dan jalapeno cheese dan lipat . Kalu nak gulung pon boleh..ikut suka janji senang nak masuk mulut…sebelum tu jgn lupa bismillah ..
6.Sedia untuk dimakan.

Save

Resepi: Salad Ayam Sayur Ala Thai

Khas untuk pengemar salad, ada resepi untuk anda.

Jom kita cuba 😉

Bahan-bahan

400g isi ayam bahagian dada

1 cwn air

1/2inci halia dihiris

2 batang serai,dihiris(bahagian putih je)

2 sudu besar sos ikan

250g broccoli

5 biji putik jagung

Sepeket kacang peas (snow peas)

1 biji capsicum merah,dihiris memanjang

3helai daun bawang dihiris memanjang

1/2 cwn sos cili thai

2 sudu besar honey atau 2 sudu besar gula melaka

2 sudu besar air limau nipis

2 sudu kecil parutan kulit limau nipis

1/4 cwn daun ketumbar,dihiris kasar

resepi-6

Cara-cara

Hiris nipis dada ayam

Masukkan air, halia, serai, dan sos ikan dalam periuk kecil dan didihkan seketika kemudian biarkan api sederhana dan kacau selama 5 minit

Campurkan isi ayam yang telah dihiris ke dalam periuk,dan masak selama 5 minit sambil dikacau.Toskan airnya dan biarkanisi ayam sejuk.Buangkan air yang ditoskan tadi.

Didihkan air dalam periuk besar,dan masukkan broccoli,putik jagung,kacang peas,capsicum dan daun bawang selama 2 minit.Toskan cecepat dan rendamkan sayuran ini dalam air berais.Toskan lagi. Proses ini dipanggil blanching,supaya sayur kekal rangup.

Dalam mangkuk,satukan sos cili thai,honey,air limau nipis dan parutan kulit limau dan kacau sebati. Atur sayur dan ayam tadi dalam pinggan besar.Tuangkan sos dan gaulkan pelahan2.Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.

 

Save

Save

Resepi: Kacang Botol Goreng Pedas

Resepi.! 😉

Kacang botol bukan sahaja boleh dibuat ulam malah boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

Kali ini kita buat goreng pedas pula.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya 😉

resepi-4
Bahan-bahan

Kacang botol anggaran 2 genggam

Bawang besar 1 labu

Bawang putih 6 ulas

Udang kertas 3-4 sudu besar P/S
: Boleh guna udang kering, udang basah ataupun ikan bilis.

Cili kering segenggam (agak2 suka pedas camne)

Halia separuh ibu jari

Sos tiram, gula, garam (ikut anggaran sendiri ye 😉

Minyak untuk menumis

Sekeping tauhu! goreng dulu.

Cara-cara

Kisar semua bahan diatas termasuk udang kertas, kalau guna udang basah tak perlu kisar sekali -Sampai lumat halus

Tumiskan dalam minyak panas, tambah air sikit takmo hangus, tumis sampai sambal diyakini sudah masak kalau tak, tak sedap~

Potong tauhu dalam bentuk dadu, dan campak dlm tumisan tadi.

Masukkan sedikit sos tiram, gula(sikittt sgtttt sejemput je) & garam

Masukkan kacang botol yg telah dipotong nipis2. Gaul merata lebih kurang 2 minit dan dah boleh angkat, siap! senang & sedap~

Resepi: Udang Goreng Kacang Panjang

Resepi ke 3 kali ini kami kongsikan.

Untuk anda peminat udang, boleh cuba resepi ini.

Read more