Resepi: Rosemarry Lemon Chicken Grilled
Bahan-bahan
1 ekor ayam sederhana
2 biji lemon
3 sudu rosemarry (kering, boleh dibeli di kedai)
3 ulas bawang putih
3 sudu minyak zaitun
Sedikit garam
Cara-cara
Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
Selepas itu ambil lemon yang direbus tadi cucuk cucuk kan dengan garfu dan sumbatkan lemon tersebut di dalam ayam tadi.
Bawang putih ditumbuk bersama rosemarry sehingga lumat.
Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan minyak zaitun dan sedikit garam.
Lumurkan bahan yang digaul tadi pada ayam dan biarkan selama 15 minit sebelum dibakar.
Bakar dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.