Resepi: Sup Ikan Merah

Bahan-Bahan:

Ikan Merah

1 Kayu Manis

1 Bunga Lawang

1 Biji Tomato – Belah 4

1/2 Batang Lobak – Potong bulat

1.5 Liter Air

Sedikit Garam

Sedikit Perasa Tambahan ( jika perlu)

Sedikit Minyak

Bahan Kisar:

2 Inci Halia

1 Bawang Merah

3 Ulas Bawang Putih
resepi-22
Hiasan:

Daun Sup

Bawang Goreng

Cara- Cara

1. Tumis bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.

2. Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih.

3. Masukkan lobak dan masak sehingga empuk.

4. Masukkan garam

5. Masukkan ikan satu persatu dan tomato.

6. Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak.

7. Hidangkan dengan menabur daun sup dan bawang goreng.