Resepi: Herbs Salmon Baked with Orange Sauce

Bahan-bahan ( 2 portion )

Bahan untuk ikan
-2 potong ikan salmon
-Italian Herbs dan serbuk cili
-1 biji bawang merah (potong dadu)
-1 ulas bawang putih (dipotong dadu)
-3 sudu besar minyak zaitun (kalau nak guna minyak biasa pun boleh)
-garam & lada hitam
-1 potong oren (nak guna lemon pun boleh)

Bahan Untuk Sos/Gravy

-5 sudu besar air perahan oren/ lemon/ limau nipis (nak campur tiga-tiga pun boleh sebab nak kan masamnya sahaja. Kalau  tak masam, ikan jadi muak bila makan)
-2 sudu besar heavy cream (kalau tidak ada guna cheese cream pun boleh)
-5 sudu besar air masak
-garam dan lada hitam
-Parsley (chopped) sy tak guna sebab out of stock. kalau masuk ni lagi best!
-1.5 stick butter (diced)
lain-lain bahan tambahan
suggested serve dengan sayur-sayur yang dicelur macam dalam gambar. Nak serve dengan chips pun boleh..putih telur
resepi-23-1
Cara-cara

1.Letak pan yang diisi dengan minyak masak supaya ikan tidak melekat. Kalau nak guna foil pun boleh..sebelum     tu panaskan oven.

2.Campurkan bahan-bahan ini: Italian herbs,garam, lada hitam, serbuk cili, bawang merah dan bawang putih. Gaul   semua sampai sebati.

3.Pukul putih telur sampai berbuih sikit, celup ikan dalam tu dan letak dalam pan. Tabur herbs atas ikan depan   belakang. Lepas tu, siram baki minyak atasikantersebut.

4.Masukkan dalam oven. Biar masak dalam 10-15 minits. Bergantung pada tebal dan besar ikan. Saya suka ia agak   garing dan jadi golden brown sikit-sikit baru keluarkan.

5.Then masa untuk buat sos.. amik pan, letak air perahan limau tadi, letak air dan cream.

6.Buka api paling slow, jangan sampai menggelegak. Sentiasa kacau. Bila dah agak panas, ada wap keluar,   masukkan butter sikit-sikit. Bergantung kepekatan yang diinginkan.

7.Kalau sos jadi   pekat, masukkan garam dan  lada hitam, pastu parsley. Kacau kejap, siap! kalau rajin, letak   pulak lemon zest. terbaik!

8.Untuk sayur pula, celur lobak merah, brokoli dan bunga kobis dan kentang. Dah menggelegak, tost kan ia siram   dengan air sejuk terus sebab nak stopkan ia jadi overcook.

9.Letak balik dalam periuk panas tadi, masukkan butter,garam danand lada hitam. gaul kejap (sampai butter   cair) siap!

10.Ready to be serve.. selamat mencuba!

Save