Utusan Malaysia Kesihatan : Salur Darah Jejas Penampilan

ARKIB : 10/04/2011

JUNITA berasa kurang senang melihat belakang betisnya yang bertompok-tompok biru. Terdapat juga salur darah kecil disitu menyebabkan tompok-tompok itu berwarna gelap. Menurut Junita salur darah halus yang pada asalnya hanya sedikit. Namun ia menjadi lebih banyak setelah usianya menjangkau 35 tahun. Dia pernah mendengar pengalaman seorang rakannya yang mempunyai banyak salur darah halus di paha dan kaki yang semakin membesar dari hari ke hari. Menurut Junita, rakannya mengadu kesakitan dan sering mengalami masalah berkudis di tempat salur darah itu membesar. Dia khuatir akan ditimpa masalah yang sama jika masalahnya itu tidak dirawat segera. Read more