Utusan Malaysia Kesihatan :Kurus Tanpa ‘Didera’, Dipaksa
ARKIB : 29/05/2011
SAYA bertemu Dr. Natasha Ramli dari Puchong. Kami membincangkan isu-isu menarik berkenaan masalah obesiti. Menurut beliau, isu-isu hormon, enzim metabolik dan masalah obesiti tidak harus dipandang ringan malah ia sepatutnya menjadi agenda utama dalam kehidupan kita. Obesiti yang gagal ditangani sepatutnya dipandang serius dan bukannya dilihat dari sudut kecantikan semata-mata. Ia juga bukannya satu bahan jenaka dan tidak wajar bagi pesakit obesiti disalahkan atau dianggap mereka menjadi sedemikian kerana banyak makan semata-mata. Read more