Utusan Malaysia Kesihatan : Laser Buang Tatu, Tanda Kelahiran.

ARKIB : 27/02/2011
MINGGU lepas saya dikunjungi seorang bapa yang membawa anak terunanya berusia 20-an untuk mendapat rawatan. Bapa itu berusia lingkungan 50-an. Mereka sangat ramah dan mesra. Remaja itu bakal menempuh ujian memasuki sebuah maktab tentera. Pada mula nya saya agak keliru tentang kunjungan mereka ke klinik aesthetic saya. Jarang sekali saya dikunjungi lelaki anak beranak yang memerlukan rawatan. Read more

Utusan Malaysia Kesihatan: Diet Zaman Batu?

ARKIB : 13/02/2011

SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus. Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali. Read more

Utusan Malaysia Kesihatan: Kejatuhan Lemak Pada Muka

ARKIB : 06/02/2011
Saya sering ditanya bagaimana cara bagimendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.Ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi. Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta tampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik. Read more